web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Liek Hou Tak Dapat Tidur Lena Lepas Menang Emas Bersejarah

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2021 5:23PM

Liek Hou mencipta sejarah selepas menjadi pemenang pingat emas pertama dalam sukan badminton Temasya Paralimpik. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Terlalu gembira dan bangga selepas berjaya merangkul pingat emas pertama sukan badminton di Paralimpik Tokyo, membuatkan jaguh negara Cheah Liek Hou tidak tidur lena malam tadi.

Pemain berusia 33 tahun itu berkata beliau menerima ucapan tahniah daripada pelbagai pihak dan berasa cukup istimewa dengan kejayaan manis meraih emas bagi kategori SU5 (kecacatan fizikal), semalam.

“Saya sangat bangga dan gembira sehingga tak dapat nak tidur lena semalam.

“Semakin ramai yang kenal saya sekarang, saya harap ini adalah permulaan yang baik untuk saya.

“Pingat ini untuk seluruh rakyat Malaysia, terima kasih,” katanya menerusi satu hantaran video, hari ini.

Juara dunia sebanyak enam kali itu, mencipta sejarah menjadi pemenang pingat emas pertama sukan itu di temasya Paralimpik, selepas menewaskan pemain No 1 dunia Dheva Anrimusthi dari Indonesia 21-17, 21-15 pada final di Stadium Nasional Yoyogi, Tokyo.

Beliau seterusnya mendedikasikan pingat emas itu untuk rakyat Malaysia terutama jurulatih yang membimbingnya Datuk Rashid Sidek, keluarga, bekas jurulatihnya dan rakan-rakan.

Badminton dipertandingkan buat kali pertama di Sukan Paralimpik Tokyo yang bermula 24 Ogos dan menutup tirainya malam ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

Paris 2024: Menanti 'Amukan' Ziyad, Emas Sulung Liek Hou Ceriakan Kontinjen Negara

2

Sukan 2 minggu yang lalu

Sukan Paralimpik: Noor Askuzaimey Mara Ke Separuh Akhir, Kian Hampiri Pingat

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Olimpik Paris 2024: Zii Jia Layak Ke Separuh Akhir

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

Semasa 5 jam yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

Semasa 15 jam yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok