web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


David Smith Sekat Impian Emas Wei Lun

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2021 5:26PM

Aksi Wei Lun ketika menentang lawannya dari Great Britain, David Smith pada final boccia kategori individu campuran (BC1) di Ariake Gymnastics Centre hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Atlet boccia negara Chew Wei Lun, berjaya meraih perak dalam perlawanan akhir acara individu bercampuran BC1 (kecacatan fizikal) di Sukan Paralimpik Tokyo, hari ini.

Wei Lun, yang mencipta sejarah muncul atlet pertama Malaysia beraksi dalam sukan boccia di pentas Paralimpik, tewas kepada juara bertahan dari Rio 2016 David Smith dari Great Britain, 4-2, pada aksi final di Ariake Gymnastics Centre.

Atlet berusia 26 tahun yang membuat kemunculan pertama di Sukan Paralimpik itu bermula baik apabila mendahului pemain ranking pertama dunia itu 2-0 pada end pertama, sebelum David merapatkan jurang kepada 2-1 pada end kedua.

David kemudian menyamakan kedudukan kepada 2-2 pada end ketiga sebelum mengesahkan emas apabila memenangi end keempat dengan keputusan 4-2.

Kemenangan David itu menyaksikan beliau mencalar rekod tanpa kalah Wei Lun, selepas unggul menang enam perlawanan berturut-turut termasuk empat aksi peringkat kumpulan B, sejak Sabtu lepas.

Pencapaian pemain ke-11 terbaik dunia itu membantu Malaysia menambah koleksi pingat perak kepada dua, selepas atlet powerlifting, Jong Yee Khie merangkul perak pertama dalam kategori lelaki 107kg Isnin lalu.

Bonnie Bunyau Gustin yang bertanding dalam kategori lelaki 72 kilogram (kg) pula muncul atlet pertama negara menghadiahkan emas pertama Sabtu lepas dalam temasya berprestij itu.

Sementara itu, pemain Brazil Jose Carlos Chagas de Oliveira, meraih gangsa selepas menumpaskan atlet Portugal Andre Ramos, 8-2, dalam perlawanan penentuan pingat itu pagi tadi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

Sukan Paralimpik: Noor Askuzaimey Mara Ke Separuh Akhir, Kian Hampiri Pingat

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kes Cabul: Doktor Dibebas Dengan Jaminan Polis

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Buat Gangguan Seksual Terhadap Remaja, Doktor ‘Jijik’ Dicekup

4

Semasa 3 bulan yang lalu

5 Cedera Bas Rempuh Treler Di Lebuhraya PLUS

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hasil Kajian Berkaitan GISBH Dikemukakan Kepada Jawatankuasa Fatwa Selangor - MAIS

Semasa 15 jam yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

Semasa 15 jam yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

Semasa 5 jam yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen