web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Atlet Paralimpik Terima Mata Ganjaran, Penghantaran Makanan Dari Grab Malaysia

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2021 8:07AM

Bonnie dan Yee Khie antara Paralimpian yang menerima habuan dari Grab. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiga pemenang pingat emas Bonnie Bunyau Gustin, Cheah Liek Hou dan Abdul Latif Romly menerima satu juta mata ganjaran serta penghantaran makanan percuma selama setahun sebagai menghargai kejayaan mereka di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Syarikat penghantar makanan itu turut menghargai pencapaian pingat perak dimenangi Jong Yee Khie dan Chew Wei Lun dengan memberikan mereka 500,000 mata ganjaran dan penghantaran makanan percuma selama setahun.

Atlet lontar peluru para negara Muhammad Ziyad Zolkefli turut menerima mata ganjaran sebanyak 50,000 dan penghantaran makanan percuma selama setahun sebagai menghargai usaha dan pencapaiannya di peringkat antarabangsa.

“Tahniah dan terima kasih kepada para pemenang pingat dan atlet para yang telah mempamerkan dedikasi, kesungguhan dan kecekalan mereka. Anda semua telah membuktikan kejayaan mampu dicapai seandainya ada usaha, anda telah mencetuskan harapan dan keberanian.

“Dan seperti biasa, anda terus memberi inspirasi dan motivasi kepada kita semua ke arah membina negara yang inklusif,” kata Pengarah Urusan Grab Malaysia, Sean Goh dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata Grab terus mewujudkan inklusiviti dan persamaan lebih besar di Asia Tenggara khususnya kepada Orang Kurang Upaya (OKU) yang berusaha untuk berdikari dan peluang untuk menjadi ahli masyarakat yang produktif.

Atlet powerlifting Bonnie Bunyau meraih pingat emas dan memecah rekod temasya dalam kategori 72kg lelaki manakala Liek Hou dan Abdul Latif masing-masing merangkul pingat emas acara badminton SU5 dan lompat jauh T20 lelaki.

Sementara itu, Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berterima kasih atas sokongan dan pengiktirafan yang diberikan bagi meraikan kejayaan Paralimpian di Sukan Paralimpik Tokyo itu.

“Sukan Paralimpik adalah puncak sukan Para dan pengiktirafan oleh Grab adalah pendedahan yang baik untuk membantu meningkatkan semangat kesukanan atlet kami dan seterusnya memberikan sokongan yang diperlukan untuk masyarakat OKU,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Paris 2024: Latif Romly Gagal Pertahan Emas, Raih Perak

2

Sukan 1 minggu yang lalu

Sukan Paralimpik: Angkatan Bonnie Harapan Emas Kedua Negara

3

Sukan 2 minggu yang lalu

Kilauan Perak Padam 'Episod Hitam' Ziyad

4

Sukan 2 minggu yang lalu

Paris 2024: Menanti 'Amukan' Ziyad, Emas Sulung Liek Hou Ceriakan Kontinjen Negara

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis

Semasa 7 jam yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

Semasa 18 jam yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

Semasa 18 jam yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

oleh Sophia Ahmad