web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 4 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Mahkamah Tolak Permohonan Tangguh Hukuman, Da'i Syed Dihantar Ke Penjara Kajang

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2024 6:07PM

Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful atau Da'i Syed diperintah menjalani hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan di Penjara Kajang bermula hari ini.– Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM – Pendakwah selebriti Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful terpaksa meringkuk di Penjara Kajang bermula hari ini untuk menjalani hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Ini berikutan Hakim Norazlin Othman menolak permohonan Syed Shah Iqmal, 29, untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman selepas mendapati tiada keadaan khas bagi membolehkan mahkamah membenarkan permohonan tersebut.

"Permohonan untuk menangguhkan hukuman adalah ditolak kerana tiada keadaan khas yang membuktikan rayuan ke Mahkamah Tinggi adalah automatik untuk menangguhkan hukuman dan begitu juga merit dalam rayuan tersebut," katanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin berkata dalam kes ini tiada satu keistimewaan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman dengan mengambil kira kesalahan jenayah yang telah dibuktikan.

Bagaimanapun, peguam Syed Amirul Syed Edros yang mewakili tertuduh berkata sekiranya penangguhan dibenarkan ia tidak akan memprejudiskan mana-mana pihak kerana satu ikat jamin baharu akan diberikan berserta syarat yang lebih ketat untuk memastikan tertuduh tidak melarikan diri.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan terhadap Syed Shah Iqmal selepas mendapati dia bersalah merogol wanita berusia 23 tahun (ketika itu) di dalam bilik di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, kira-kira pukul 1.35 pagi pada 11 September 2019.

Pada 10 April tahun lepas, Mahkamah Sesyen Shah Alam melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada pertuduhan merogol selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya di akhir kes pendakwaan.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 7 Mac lepas mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan dan memerintahkan tertuduh membela diri atas pertuduhan tersebut.

Sepanjang prosiding hari ini, tertuduh yang memakai sut itu menangis dan menundukkan mukanya ketika berada di kandang tertuduh.

Selepas mahkamah mengumumkan keputusan, isteri kepada Syed Shah Iqmal, Nurulhana Ismail, 38, dilihat memeluk dan menenangkan suaminya yang menangis selepas mendengar keputusan tersebut.

Ahli keluarga turut membawa bayi perempuan pasangan itu yang berusia 16 hari untuk berjumpa Syed Shah Iqmal sebelum dibawa ke Penjara Kajang. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 17 jam yang lalu

Samun Dan Rogol Warga Emas, Lelaki Warga Asing Direman Seminggu

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Tahan 4 Remaja Lelaki Rogol Kanak-Kanak 11 tahun

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Rogol Anak Kandung Sejak 2019 

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Da'i Syed Bebas Tuduhan Rogol

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Samun Dan Rogol Warga Emas, Lelaki Warga Asing Direman Seminggu

Semasa 17 jam yang lalu

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

Semasa 1 hari yang lalu

JAIS Tubuh Pasukan Khas, Siasat Ajaran Sesat Di Selangor

Semasa 3 jam yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal