web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Polis Siasat Penemuan Mayat Terbakar Berhampiran Stesen KTM Serdang

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2024 7:38PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mayat seorang lelaki dengan kesan terbakar pada badan ditemukan berhampiran Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Serdang, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata berdasarkan dokumen yang ditemukan di tempat kejadian, mangsa dipercayai warga Indonesia berusia 43 tahun, dikenali sebagai Udikalifan.

"Polis menerima laporan pada 11.45 pagi tadi mengenai penemuan mayat berkenaan oleh seorang wanita tempatan, di dalam semak selepas terowong pusingan U berhampiran KTM Serdang.

"Tiba di lokasi, didapati mayat dalam keadaan terbakar tetapi tidak rentung sepenuhnya," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Anbalagan berkata mayat dihantar ke hospital untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

"Polis juga sedang mendapatkan pengesahan identiti mayat berkenaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan orang hilang diminta hadir ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Remaja Lelaki 14 Tahun Dilaporkan Hilang Di Muar

2

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Lelaki Ditembak Mati Dipercayai Dalam Perjalanan Lakukan Jenayah

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Pelaburan Kripto ‘Kakaue’ Perdaya Mangsa Di Facebook - JSJK

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Gaduh Awal Pagi, Warga Indonesia Maut

Sorotan

1

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

2

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

3

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

4

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

5

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

6

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

JAIS Tubuh Pasukan Khas, Siasat Ajaran Sesat Di Selangor

Semasa 1 hari yang lalu

Ramanan Terima Darjah Kebesaran Pahang Bawa Gelaran Datuk Seri

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Bekas Pelumba Negara Maut Ditetak, 3 Lelaki Ditahan

Semasa 21 jam yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis