web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pelaburan Kripto ‘Kakaue’ Perdaya Mangsa Di Facebook - JSJK

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2024 9:09PM

Ramli Mohamed Yoosuf ketika sidang media hari ini - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menerima lapan laporan kes penipuan pelaburan skim pelaburan kripto tidak wujud dipanggil 'Kakaue' yang diiklankan di laman Facebook, membabitkan kerugian mencecah RM3.5 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sebanyak 22 akaun bank atas nama pelbagai syarikat dan perniagaan sedang disiasat kerana dipercayai digunakan sebagai keldai akaun oleh sindiket di sebalik skim pelaburan kripto itu.

Pada Rabu lepas menurutnya, polis telah menerima laporan oleh seorang peguam berusia 57 tahun mendakwa kerugian berjumlah RM1.3 juta selepas ditipu untuk menyertai skim pelaburan itu.

"Sekitar Disember 2023, mangsa yang tertarik dengan iklan dipaparkan di Facebook kemudiannya telah dihubungi menerusi WhatsApp oleh beberapa individu mendakwa sebagai wakil dari Syarikat Kakaue Exchange (USA).

"Setelah mendaftar melalui laman sesawang www.kakauesr.com, mangsa telah membuat pindahan wang secara berperingkat kepada 14 akaun syarikat berbeza dengan nilai keseluruhan RM1,339,918. Melalui platform tersebut, mangsa dapat melihat wang pelaburannya menjana keuntungan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Bagaimanapun mangsa katanya, mula berasa curiga selepas gagal mengeluarkan keuntungan yang diperoleh selain mendapati tiga mata wang kripto dibelinya melalui platform tersebut tidak ditawarkan oleh penukar mata wang kripto lain.

Ramli berkata satu lagi laporan polis diterima di Dungun oleh seorang lelaki berusia 53 tahun yang mendakwa telah menjadi mangsa penipuan pelaburan mata wang kripto.

Sekitar Disember 2023, mangsa yang merupakan pengurus di sebuah syarikat cari gali minyak katanya, tertarik untuk menyertai pelaburan mata wang kripto selepas melihat iklan mengenainya di media sosial dan dimasukkan dalam kumpulan WhatsApp.

"Sekitar Mac 2023, mangsa diperkenalkan dengan pelaburan kripto dan membuka akaun pelaburan melalui Baorul Exchange dikatakan berpangkalan di Amerika Syarikat bermula dengan deposit serendah AS$1,500, kemudiannya diminta menambah deposit sehingga AS$200,000 untuk memulakan trading.

"Pada penghujung April 2024, mangsa cuba untuk mengeluarkan keuntungan yang diperoleh namun disekat dengan alasan pelaburannya akan dinaik taraf kepada VIP Bronze User dan diminta membuat bayaran tambahan untuk tujuan tersebut," katanya.

Menurut Ramli, mangsa telah memindahkan wang ke pelbagai akaun bank milik syarikat berbeza-beza dengan jumlah keseluruhan wang dipindahkan mencecah RM3.9 juta. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 4 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 8 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki