web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Remaja Lelaki 14 Tahun Dilaporkan Hilang Di Muar

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2024 8:38AM

Muhammad Effzaldanish Mohd Effendy - Gambar Polis Muar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUAR - Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dilaporkan hilang dipercayai ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah ke rumahnya di Jalan Kerayong Rumah Rakyat 1, Pagoh di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, remaja berkenaan, Muhammad Effzaldanish Mohd Effendy, ketika dilaporkan hilang berpakaian seragam sekolah menengah iaitu kemeja putih dan berseluar hijau lumut.

"Laporan kehilangan remaja itu dibuat ahli keluarganya hari ini (semalam). Sehubungan itu polis meminta kerjasama orang ramai bagi membantu mengesan remaja berkenaan.

"Remaja berkenaan dianggarkan berketinggian 160 sentimeter dan berat 50 kilogram, selain mempunyai bentuk badan yang kurus, rambut lurus serta berkulit sawo matang," katanya.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor P. Seventy menerusi talian 011-16251909 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Muar 06-9564800.

Difahamkan remaja itu tidak pulang ke rumah seperti kebiasaan kelmarin, setelah tamat sesi persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alauddin Riayat Shah 1, Pagoh yang jaraknya hanya 200 meter dari kediamannya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Polis Siasat Penemuan Mayat Terbakar Berhampiran Stesen KTM Serdang

3

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Lelaki Ditembak Mati Dipercayai Dalam Perjalanan Lakukan Jenayah

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Pelaburan Kripto ‘Kakaue’ Perdaya Mangsa Di Facebook - JSJK

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

Semasa 1 hari yang lalu

PM Ucap Selamat Hari ATM Ke-91

Semasa 18 jam yang lalu

Hasil Kajian Berkaitan GISBH Dikemukakan Kepada Jawatankuasa Fatwa Selangor - MAIS

Semasa 1 hari yang lalu

GISB: Bekas Pengikut Akan Dipanggil, Bantu Lengkap Laporan Sebelum Bawa Ke MKI