web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kitaro Antara Artis Yang Akan Memeriahkan RWMF 2024

Muzik Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2024 7:25PM

Kitaro antara artis yang akan memeriahkan RWMF 2024. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Acara tahunan Rainforest World Music Festival (RWMF) edisi ke-27 akan kembali memeriahkan suasana di Kampung Budaya Sarawak di sini dari 28 hingga 30 Jun ini dengan tema "Evolusi".

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata artis legenda yang pernah memenangi anugerah Grammy dan Golden Globe, Kitaro adalah antara yang akan untuk membuat persembahan di festival itu nanti.

"Artis yang terkenal dengan muzik instrumental elektronik itu menjanjikan satu persembahan yang memukau lagi mempesonakan bagi penampilan sulungnya di festival ini. 

"Kitaro sering dianggap sebagai salah seorang artis yang menampilkan persembahan muzik paling menonjol dalam muzik era baharu.

“Dia boleh bermain kira-kira 50 alat muzik dan mempunyai koleksi alat muzik tradisional yang banyak dari seluruh dunia," katanya dalam sidang media selepas pelancaran RWMF 2024 di sini hari ini.

Selain Kotaro, artis yang akan turut memeriahkan lagi RWMF tahun ini ialah Datuk Zainal Abidin yang terkenal dengan lagu hitnya 'Hijau' sejak lebih tiga dekad.

Abdul Karim berkata, pelbagai pilihan tiket untuk menyaksikan RWMF 2024 ditawarkan khusus bagi memenuhi keperluan setiap peminat dari pelbagai lapisan masyarakat, daripada pas tiga hari berharga RM635 untuk dewasa, memberikan akses kepada keseluruhan acara hujung minggu acara itu,kepada pas sehari untuk orang dewasa yang menawarkan harga kepada mereka yang terawal pada RM235, pra-jualan pada RM283, dan jualan pintu pada RM333. 

"Kanak-kanak berumur tiga hingga 12 tahun boleh menyertai keseronokan persembahan dengan pas sehari berharga RM80, manakala bagi kanak-kanak bawah tiga tahun kemasukan adalah percuma," katanya.

Sebanyak 20 persembahan terdiri daripada 68 pemuzik antarabangsa dari 14 negara bersama 63 artis Malaysia akan membuat persembahan di RWMF 2024 itu nanti. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Muzik 4 hari yang lalu

Persembahan Kitaro Pukau Pengunjung Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

NLKO  Musim Baharu Kekalkan Erra Fazira, Fizo Omar Sebagai Pengacara

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 11 jam yang lalu

Demi Watak, Hariz Hamdan Sanggup Cium Tapak Kaki Farah Ahmad Dalam Siri X-Change

Menurut Hariz, pada mulanya dia agak jijik untuk melakonkan babak tersebut, tetapi menganggap ini adalah tanggungjawabnya sebagai seorang pelakon.

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Kes Khalwat: Aliff Aziz, Ruhainies Mengaku Tak Bersalah

oleh Wartawan Getaran