web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tiket Untuk Menyaksikan Indonesian Music Festival Dijual Serendah RM188

Festival akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur satukan Kotak, Ifan Seventeen dan Marcello Tahitoe. 

Muzik Dikemaskini 2 hari yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2024 8:40AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Peminat kumpulan Kotak, Ifan Seventeen dan Marcello Tahitoe, sila nantikan persembahan mereka ini di Indonesian Music Festival yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 24 Ogos hadapan, bermula pada jam 7 malam. 

Kotak yang kini terdiri daripada Tantri sebagai vokalis, Chua sebagai pemain bass dan Cella sebagai pemain gitar utama popular dengan lagu 'Pelan-Pelan Saja', 'Masih Cinta', 'Tendangan Dari Langit' dan 'Aku Yang Tersakiti' pasti tidak akan mengecewakan penonton yang hadir. 

Antara kejayaan yang dimenangi oleh Kotak dalam pelbagai acara anugerah muzik adalah Anugerah Muzik Indonesia ke-12, untuk Kategori Solo/Duo/Kumpulan Rock Terbaik. 

Album 'Kotak Kedua' turut dianugerahkan kategori Album Rock Terbaik, malah mereka juga berjaya memenangi kategori Kumpulan/Duo Pendatang Baru Terbaik mengikut Anugerah Planet Muzik (APM) 2009 serta Anugerah MTV Indonesia untuk Most Favourite Breakhtrought Artist 2009. 

Bagi para penggemar lagu 'Kemarin' milik Ifan Seventeen, kini saatnya untuk menikmati suara merdunya. 

Setelah melalui episod duka dibadai tsunami pada 2018 lalu, Ifan kini berada dalam perjalanan baru dan memilih untuk bernyanyi solo setelah tiga lagi anggota Seventeen terkorban dalam kejadian itu. 

Ifan yang kini berusia 41 tahun akan menghibur para peminat dengan lagu ciptaan Herman Sikumbang, 'Kemarin', di samping lagu-lagu popular Seventeen lainnya seperti 'Cinta Jangan Disembunyikan', 'Akujira', 'Menunggu Kamu', 'Jaga Selalu Hatimu', 'Sumpah Ku Mencintaimu', dan 'Hal Terindah'.  

Seorang lagi penyanyi yang bakal menghibur penonton di Indonesian Music Festival ialah Marcello Tahitoe, 41. 

Marcello Tahitoe atau lebih dikenali sebagai Ello, adalah seorang penyanyi, komposer dan produser muzik Indonesia dan merupakan vokalis baru kumpulan Dewa 19 sejak 2022  hingga sekarang. 

Penyanyi berdarah campuran Maluku-Batak itu lahir daripada keluarga seni kerana bapanya, Minggoes Tahitoe dan ibu, Diana Nasution adalah penyanyi popular era 1970-an. 

Ello yang merupakan pemuzik berbakat pernah menerima anugerah Pendatang Baru Terbaik sempena Anugerah Muzik Indonesia (AMI) pada 2005, Album Pop Terbaik (2005), Karya Produksi R&B Terbaik (2005), Penyanyi Solo Rock Terbaik (2016), Penyanyi Solo Rock Terbaik (2019), Album Rock Terbaik (2021) dan Album Terbaik-Terbaik (2021). 

Antara lagu-lagu popular Ello adalah 'Gak Kayak Mantanmu', 'Kisah Kita T'lah Usai', 'Benci Tapi Rindu', 'Takkan Ada Aku Lagi', 'Sorry Abis' dan banyak lagi. 

Sebelum bergelar vokalis Dewa 19, Ello mempunyai enam album studio termasuklah 'Ello', 'Realistis/Idealis', 'Taub Mumu', 'Jalur Alternatif', 'Antistatis' dan '99'. 

Untuk menonton persembahan artis hebat ini jangan lupa menempah tiket-tiket yang dijual pada  harga RM488 (VIP), RM388 (CAT 1), RM338 (CAT 2), RM288 (CAT 3) dan RM188 (CAT 4) di https://my.bookmyshow.com. - Getaran, 2 Julai 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Bayi Perempuan Ditemukan Dalam Kotak Di Kebun Jemaluang

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Sze Fei-Nur Izzuddin Benam Wakil China, Mara Ke Separuh Akhir

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Selebriti 10 jam yang lalu

Demi Watak, Hariz Hamdan Sanggup Cium Tapak Kaki Farah Ahmad Dalam Siri X-Change

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 1 hari yang lalu

NLKO  Musim Baharu Kekalkan Erra Fazira, Fizo Omar Sebagai Pengacara

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Kes Khalwat: Aliff Aziz, Ruhainies Mengaku Tak Bersalah

oleh Wartawan Getaran