web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sze Fei-Nur Izzuddin Benam Wakil China, Mara Ke Separuh Akhir

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2022 7:15AM

Pemain beregu lelaki Malaysia Goh Sze Fei (kiri) dan Nur Izzuddin - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menampilkan aksi cemerlang untuk mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2022 di Axiata Arena Bukit Jalil, di sini, semalam.

Pada saingan suku akhir, sokongan padu ribuan penyokong sendiri membantu membangkitkan semangat juang beregu nombor 12 dunia itu untuk menundukkan juara Terbuka Indonesia, baru-baru ini, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi dari China.

Ibarat ulangan final Terbuka Jerman 2022, Mac lalu, pasangan China itu gagal membendung permainan bercorak serangan dan pantas oleh wakil tuan rumah dengan menyaksikan beregu negara memiliki kelebihan selesa 13-5 sebelum melengkapkan set pertama 21-11.

Bagaimanapun, set kedua bertambah sengit selepas kedudukan terikat 20-20 sebelum 'drop shot' oleh Sze Fei membantu beregu negara mengesahkan slot separuh akhir dengan kemenangan 22-20.

Pada Terbuka Jerman, beregu negara meraih gelaran sulung kejohanan Jelajah Dunia apabila menewaskan gandingan baharu China itu, 23-21,16-21, 21-14.

Pada saingan separuh akhir esok, beregu negara bukan pilihan itu bakal berdepan dengan pemenang antara beregu profesional negara, Yew Sin-Teo Ee Yi dan pilihan keenam, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia.

Sementara itu, Sze Fei, ketika ditemui selepas perlawanan, menyifatkan set terakhir sebagai sesuatu yang menggerunkan tetapi sorakan yang memekakkan telinga daripada peminat mendorong mereka untuk menafikan kebangkitan beregu China untuk membawa permainan ke set penentuan.

"Sangat sukar untuk mematikan gerakan mereka (Yu Chen-Xuan Yi) pada set kedua, tetapi kami berjaya untuk lebih bersabar dan mengelak daripada melakukan kesilapan mudah," katanya.

Sze Fei juga menegaskan bahawa kemenangan menentang beregu nombor 45 dunia itu pada perlawanan akhir Terbuka Jerman 2022 telah memberi kelebihan kepada mereka untuk mengekalkan rekod bersih.

Dalam pada itu, Nur Izzuddin mengakui kemenangan percuma pada pusingan kedua semalam selepas penarikan diri gandingan India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, ekoran kecederaan, sudah tentu membantu mereka berehat dengan cukup dan lebih bersedia menjelang aksi suku akhir.

Untuk rekod, kali terakhir wakil beregu negara mara ke separuh akhir ialah pada edisi 2014 menerusi Goh V. Shem-Lim Khim Wah sebelum mereka muncul juara dengan menewaskan pasangan China, Chai Biao-Hong Wei, 21-19, 21-18. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Muzik 5 hari yang lalu

Tiket Untuk Menyaksikan Indonesian Music Festival Dijual Serendah RM188

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Sze Fei-Nur Izzuddin Nekad Berpisah - Rexy

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Alasan Penat Sze Fei-Nur Izzuddin, Rexy Akui Salah Faham

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Kehadiran Pemain Senior Bantu Beregu Lelaki Negara - Razif

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Maal Hijrah: Lebih 60,000 Umat Islam Dijangka Sertai Malam Ehsan Untuk Insan Esok

Sukan 1 hari yang lalu

JDT Mara Separuh Akhir Dengan Piala FA Dengan Agregat 13-0

Semasa 15 jam yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Syarikat Disyaki Buat Tuntutan Palsu RM527,375

Semasa 9 jam yang lalu

Bekas Mufti Pulau Pinang, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Penerima Tokoh Maal Hijrah