web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kehadiran Pemain Senior Bantu Beregu Lelaki Negara - Razif

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2022 9:46AM

Legenda badminton negara, Datuk Razif Sidek - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Legenda badminton negara Datuk Razif Sidek menyifatkan prestasi pemain beregu lelaki negara akan meningkat sekiranya mendapat bimbingan pasangan senior berpengalaman yang boleh membantu mereka dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM). 

Beliau berkata situasi dialami gandingan negara ketika ini amat berbeza jika dibandingkan dengan zamannya suatu ketika dahulu.

“Satu daripada sebab yang saya lihat dalam sparing, mereka tiada orang yang lebih senior dan sekiranya ada dalam BAM, saya percaya gandingan lelaki pastinya akan lebih bagus dari segi taktikal. 

“Ia berbeza jika hendak dibandingkan pada zaman saya yang masih mempunyai pemain senior seperti Choong Tan Fook-Lee Wan Wah, ketika saya berada dalam skuad kebangsaan. Pemain sekarang hanya berlatih sesama sendiri tanpa pemain senior,” katanya ketika ditemui pemberita baru-baru ini.

Razif pada masa sama berharap Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Rexy Mainaky menggunakan kebijaksanaan dalam merangka strategi bagi mengangkat pasangan beregu negara bersaing dengan gandingan terbaik dunia. 

Menurutnya dua beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani adalah antara pemain yang berpontensi tinggi memberi cabaran di peringkat antarabangsa pada masa kini. 

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik - Gambar Fail
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik - Gambar Fail

Razif optimis Rexy dan pasukan kejurulatihan mampu melaksanakan misi berkenaan, kerana ketika ini kedua-dua pasangan negara itu tidak jauh ketinggalan dari segi persembahan, namun hanya tumpas kepada pasangan gandingan terbaik dunia. 

"Bagi saya persembahan mereka (Aaron-Wooi Yik, Sze Fei-Izzudin) di Terbuka Malaysia  2022 dan Malaysia Masters 2022 adalah baik namun masih boleh diperbaiki memandangkan mereka kalah kepada pemain terbaik dunia tapi tidaklah sebegitu ketinggalan.

"Mungkin dari segi strategi, taktikal dan mental yang terdapat kekurangan, namun saya percaya suatu hari nanti mereka akan berjaya cuma mengambil sedikit masa," katanya. 

Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani - Gambar Fail
Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani - Gambar Fail

Mengikut ranking semasa, Aaron-Wooi Yik kekal gandingan lelaki nombor satu negara dengan menduduki tempat keenam terbaik dunia, diikuti pasangan profesional, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi (ke-10) dan Sze Fei-Izzuddin menghuni tempat ke-12.

Aaron-Wooi Yik tumbang kepada pasangan kedua dunia, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun, 21-23, 9-21 di Terbuka Malaysia 2022 baru-baru ini diikuti tumpas kepada pasangan kelima dunia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia, 14-21, 21-19, 10-21 pada Masters Malaysia 2022. 

Gandingan Sze Fei-Izzuddin pula tewas di peringkat separuh akhir Terbuka Malaysia kepada pasangan Fajar-Muhammad Rian dari Indonesia, 14-21, 12-21 sebelum  disingkirkan pasangan sama seawal pusingan pertama 14-21, 20-22 pada Masters Malaysia 2022 yang berakhir semalam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 bulan yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Olimpik Paris 2024: Zii Jia Layak Ke Separuh Akhir

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Olimpik Paris 2024: Kem Badminton Berdepan Tembok Besar China, Vikings

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Tangisan, Kecederaan Tutup Tirai Hari Kelima Kontinjen Malaysia

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia