web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Malam Komedi ‘Live, Love, And Laugh’ Untuk Bertemu Kenalan Baru, Mungkin Juga Bertemu Jodoh

Dengan tiket masuk berharga RM80, penonton yang hadir akan berpeluang untuk bergelak ketawa sehingga tidak kering gusi bersama kenalan-kenalan baharu.

Selebriti Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2024 12:21PM

'Live, Love, Laugh - A Night Of Comedy With Rizal Van Geyzel And Friends' dijadualkan berlangsung pada 11 Julai 2024, jam 8 hingga 10 malam di Bar Roca.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Swipeless, platform inovatif yang menggalakkan interaksi secara bersemuka antara golongan bujang, mengumumkan acara ‘Live, Love, Laugh - A Night Of Comedy With Rizal Van Geyzel And Friends’. 

Dijadualkan berlangsung pada 11 Julai 2024, jam 8 hingga 10 malam di Bar Roca, acara ini menampilkan pelawak berdiri (stand-up comedian) yang bakal menghiburkan penonton dengan kisah peribadi dan pemerhatian lucu mereka tentang perhubungan antara lelaki dan wanita. 

Dengan tiket masuk berharga RM80, penonton yang hadir akan berpeluang untuk bergelak ketawa sehingga tidak kering gusi bersama kenalan-kenalan baharu.

Live, Love, Laugh’ ialah sebuah acara komedi yang menampilkan persembahan utama daripada Rizal Van Geyzel, bapa tunggal yang dikenali ramai dengan jenaka tentang percintaan dan kehidupan yang dekat dengan hati penonton. 

Turut menghangatkan pentas ialah Shamaine Othman, pelawak hebat yang menyelitkan jenaka dalam penceritaan kisah-kisah seharian beliau dan Prakash Daniel, pelawak yang terkenal dengan penguasaan pentas yang berkarisma dengan perspektif hidup yang unik.

Swipeless, yang dilancarkan pada Januari 2024, memberi nafas baru kepada cara golongan bujang berkenalan dan mencari jodoh. Berbeza daripada aplikasi mencari jodoh yang tidak mesra pengguna, Swipeless menawarkan pendekatan yang lebih sihat dan jujur untuk golongan bujang berkenalan menerusi aktiviti berkumpulan berdasarkan minat yang sama. 

Swipeless memastikan setiap orang berseronok dengan aktiviti seperti permainan pikel, bengkel pembuatan piza, pemanduan gokart dan mendaki bukit. 

Pengasas Swipeless, Shan Li berkata, "Saya percaya bahawa orang ramai boleh mendapat kenalan baharu dengan cara yang lebih sihat dan jujur. Acara-acara kami memupuk perhubungan yang jujur dalam persekitaran yang selamat dan menyeronokkan, mengukuhkan tali persahabatan dan berpotensi untuk menjadi medium mencari jodoh."

“Menjalinkan persahabatan baharu dan berada dalam sebuah hubungan yang sihat membantu dalam aspek kesihatan mental. Swipeless ialah platform bagi golongan bujang untuk mencari kenalan baharu. Namun, ia tidak bermakna mereka perlu mencari pasangan romantik apabila hadir di acara kami.

“Ia menggalakkan persahabatan, dan berdasarkan maklum balas daripada peserta-peserta sebelum ini, mereka kini mempunyai lingkungan sosial yang lebih besar dan seronok mendapat kawan baharu serta mencuba perkara baharu,” ujar Shan Li.

Acara komedi bertemakan perhubungan dan pencarian jodoh ini mempunyai matlamat untuk menarik perhatian orang ramai kepada pendekatan unik platform Swipeless dalam interaksi sosial. 

Dengan memanfaatkan komedi sebagai hiburan, Swipeless berharap dapat menjangkau khalayak yang lebih luas dan menggalakkan orang ramai untuk menyertai komunitinya yang ceria.

Acara ini sesuai untuk mereka yang menyukai persembahan komedi berdiri dan mempunyai rakan bujang yang ingin bertemu kenalan baharu menerusi cara yang di luar kebiasaan. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.swipeless.my - Getaran, 7 Julai 2024

Foto : Swipeless

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Mahkamah Tolak Representasi Kedua Rizal Van Geyzel Untuk Gugur Pertuduhan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemilik Crackhouse Comedy Club Kemuka Representasi Kedua Gugur Tuduhan

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

“Kita Pentingkan Bahasa Melayu Sepenuhnya” – Afdlin Shauki, Drama ‘AI.5YA’ Gabung Komedi, Sci-fi

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Selepas Diserang Virus Latah, Penduduk Kampung Latah ‘Kecoh’ Dikejar Mumia Pula 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia