web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


“Kita Pentingkan Bahasa Melayu Sepenuhnya” – Afdlin Shauki, Drama ‘AI.5YA’ Gabung Komedi, Sci-fi

Lawak, subjek sains fiksyen dan emosi adalah keunikan yang ditampilkan dalam drama ‘AI.5YA’ yang kini sedang ditayangkan di Viu.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2022 2:25PM

Gambar Viu Malaysia

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun ‘AI.5YA’ banyak menggunakan imej janaan komputer (CGI), namun unsur komedi yang mengetengahkan isu kemanusiaan adalah intipati dan keistimewaan yang ingin ditonjolkan di dalam sitkom terbaharu, Viu. 

Bahkan, salah satu pengarahnya, Datuk Afdlin Shauki turut menyatakan bahawa elemen komedi yang diterapkan di dalam sitkom ini juga turut berteraskan kepada subjek sains fiksyen. 

Sebab itulah penonton akan menemui banyak roller coaster emosi sepanjang cerita ini,” ujar Afdlin ketika ditemui di majlis sidang media drama ‘AI.5YA’,” katanya. 

Para pelakon drama 'A.I.5YA'  di majlis sidang media baru-baru ini - Gambar Fail
Para pelakon drama 'A.I.5YA' di majlis sidang media baru-baru ini - Gambar Fail

Bukan itu sahaja, walaupun ia ditayangkan menerusi platform OTT dan berlatarkan sebuah masyarakat urban, namun drama bersiri ini menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya sepanjang ia ditayangkan.

“Skrip asal naskhah ini dalam bahasa Inggeris dan ada enam draf. Namun, sepanjang 10 episod ditayangkan, kita menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya untuk menampakkan yang bahasa ini memang biasa digunakan seharian, walaupun konsep cerita ini urban.”

“Lagi pula kebanyakan yang tonton siri ini adalah penonton yang bercakap dalam bahasa Melayu,” tambah Afdlin lagi.

‘AI.5YA’ mengisahkan tentang Jehan, seorang pencipta kandungan yang kehilangan pembantunya kerana aksi prank yang melampaui batas. Sebagai ganti, Datuk Soffar, pemberi dana untuk Jehan telah mengaturkan pemberian robot android serba boleh bagi membantu kerja-kerja penggambaran.

Namun Jehan menerima sebuah android peneman bernama AI.5YA yang tertukar secara tidak sengaja dengan android pembikin filem (AI.M4N) yang dipesannya. Jehan terpaksa menukar fungsi android peneman yang disalah hantar kepadanya untuk menjadi kru penggambaran yang serba boleh.

Walau bagaimanapun, apabila videonya yang dibintangi AI.5YA menjadi tular, Jehan mendapati dia perlu merahsiakan identitinya dari peminat dan Maya.

Drama tersebut sedang ditayangkan menerusi platform Viu, sejak 18 Ogos lalu. Ia dibintangi Zizan Razak, Mia Sara, Ako Mustapha, Ozlynn Waty dan Datuk Afdlin Shauki sendiri. – Getaran, 26 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 bulan yang lalu

Malam Komedi ‘Live, Love, And Laugh’ Untuk Bertemu Kenalan Baru, Mungkin Juga Bertemu Jodoh

2

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Arab Saudi Lancar 15 Garis Panduan Haji Dalam 16 Bahasa Termasuk Bahasa Melayu

3

Kolum 6 bulan yang lalu

Apabila AI Menjadi Peguam, Akauntan Dan Pemandu

4

Teknovasi 7 bulan yang lalu

Ciri Penjejak Mata Baharu HONOR Mampu Gerak Dan Hidupkan Kereta

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara