web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mahkamah Tolak Representasi Kedua Rizal Van Geyzel Untuk Gugur Pertuduhan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2023 3:05PM

Rizal Van Geyzel - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemilik kelab komedi Crackhouse Mohamad Rizal Van Geyzel akan mengemukakan representasi ketiga selepas representasi keduanya bagi menggugurkan tiga pertuduhan dihadapinya ditolak Jabatan Peguam Negara (AGC).

Tiga pertuduhan itu adalah membuat dan memulakan hantaran video menyentuh sensitiviti kaum dalam tiga aplikasi media sosial miliknya iaitu Facebook, Instagram dan TikTok pada Julai tahun lepas.

Peguam M. Pravin mewakili Mohamad Rizal memberitahu Hakim Mahkamah Sesyen Priscilla Hemamalini Nadarajan bahawa mereka baru dimaklumkan oleh pihak pendakwaan mengenai status representasi tersebut hari ini.

“Pihak kami berkemungkinan besar akan memasukkan satu lagi representasi kepada AGC kerana terdapat perkembangan baharu dalam kes ini dan kami memerlukan masa untuk mendapatkan arahan daripada anak guam.

“Kami mohon untuk menangguhkan tarikh bicara yang ditetapkan pada 1 dan 2 Jun ini dan mohon satu tarikh singkat ditetapkan oleh mahkamah sementara pihak kami mendapatkan jawapan berhubung representasi ketiga berkenaan,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Haslinda Che Seman mengesahkan representasi kedua yang dihantar ditolak dan memohon pihak pembelaan untuk memasukkan representasi baharu dengan segera untuk diteliti pihak AGC.

Mahkamah menetapkan 13 Jun ini untuk sebutan keputusan representasi ketiga serta melapangkan tarikh perbicaraan kes pada 1 dan 2 Jun ini.

Pada 20 Januari lepas, AGC menolak representasi dikemukakan Mohamad Rizal bagi menggugurkan tiga pertuduhan tersebut sebelum tertuduh mengemukakan representasi kedua pada 6 April.

Mohamad Rizal, 40, didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Facebook menggunakan nama profil ‘Rizal van Geyzel, Instagram ‘rizalvangeyzel’ dan TikTok ‘rizalvangeyzel’, antara 4 hingga 6 Julai 2022.

Ketiga-tiga hantaran itu dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Menara KPJ di sini, pada 1.17 tengah hari, 13 Julai tahun lepas.

Ketiga-tiga pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan, jika disabitkan kesalahan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

2

Semasa 4 hari yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

3

Semasa 1 minggu yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia