web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sze Fei-Nur Izzuddin Nekad Berpisah - Rexy

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2023 6:43PM

Rexy Mainaky - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Susulan prestasi kurang memberangsangkan sejak kebelakangan ini, beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, telah mengambil keputusan untuk berpisah, kata Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Rexy Mainaky.

Rexy berkata keputusan tersebut diambil selepas juara Terbuka Jerman 2022 itu mengadakan pertemuan dengannya petang semalam.

Beliau berkata pihaknya telah melakukan sedaya upaya bagi mengekalkan beregu berkenaan, namun kedua-dua pemain nekad untuk menamatkan gandingan yang dibentuk sejak 2016 itu.

“Jadi bukan kita (BAM dan pihak kejurulatihan) yang setuju, tapi mereka (Sze Fei-Nur Izzuddin) yang tidak mahu main bersama,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ditanya sama ada mereka akan digandingkan dengan pasangan baharu, pakar beregu dari Indonesia itu berkata barisan kejurulatihan akan membuat perbincangan bagi menentukan hala tuju kedua-dua pemain berkenaan selepas ini.

Sejak menjuarai Terbuka Jerman pada Mac lepas, pasangan yang menghuni ranking ke-11 dunia itu dilihat bergelut untuk mengekalkan konsistensi mereka, termasuk tersingkir daripada pusingan pertama pada dua kejohanan tahun ini iaitu Terbuka Malaysia dan Terbuka India.

Pasangan negara itu ditunjuk jalan keluar oleh pasangan China, Liang Wei Keng-Wang Chang, 21-16, 11-21, 17-21 pada Terbuka Malaysia dan pulang awal dari Terbuka India selepas tumpas kepada satu lagi wakil China, Ren Xiang Yu-Tan Qiang, 21-19, 21-17. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 4 bulan yang lalu

Masters Malaysia: Pearly-Thinaah Tersungkur Di Separuh Akhir 

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Pearly-Thinaah Gagal Ke Final Terbuka Jerman

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Hannah Akan Bertemu Zii Jia Susulan Penyingkirannya Dari Terbuka Jerman

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Pearly-Thinaah Mara Ke Separuh Akhir Terbuka Jerman

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia