web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pearly-Thinaah Gagal Ke Final Terbuka Jerman

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2023 9:39AM

Pearly Tan (kiri) dan M Thinaah. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hasrat beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah melangkah ke final Terbuka Jerman 2023 tidak kesampaian selepas tewas kepada pilihan pertama kejohanan, Nami Matsuyama-Chiharu Shida dari Jepun pada aksi separuh akhir awal pagi tadi (Sabtu malam di Jerman). 

Dalam kejohanan yang berlangsung di Mulheim itu menyaksikan beregu nombor enam dunia, Pearly-Thinaah terpaksa akur apabila mudah ditundukkan 24-22, 21-13 dalam perlawanan  selama 42 minit.

Mengikut rekod pertemuan sebelum ini, Pearly-Thinaah yang juga pilihan ketiga kejohanan pernah melakukan perhitungan bersama Nami-Chiharu sebanyak tujuh kali, namun menewaskan pasangan Jepun itu sekali sahaja iaitu pada Kejohanan Terbuka Perancis 2022 pada Oktober tahun lepas. 

Nami-Chiharu yang kini menghuni nombor dua dunia, akan bertemu Baek Ha Na-Lee So Hee dari Korea Selatan yang juga pilihan kelapan kejohanan pada pentas final, yang dijangka berlangsung pada 12 tengah malam ini waktu Malaysia, dalam usaha merebut gelaran musim ini. 

Kini, fokus Pearly-Thinaah yang juga juara Terbuka Perancis 2022 ialah menghadapi saingan All England 2023 yang akan membuka tirai pada Selasa ini (14 Mac) apabila dijadual bertemu pasangan Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara pada pusingan pertama. - Bernama 

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 bulan yang lalu

All England: Hanya Aaron-Wooi Yik Mara Ke Separuh Akhir, Zii Jia Kandas

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Pearly-Thinaah Yakin Kekal Prestasi Baik Di Terbuka Singapura

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Zii Jia Tewaskan Naraoka, Tempah Tiket Ke Separuh Akhir All England

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Tze Yong Cipta Kejutan Besar Singkir Axelsen Di All England

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia