web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Zii Jia Tewaskan Naraoka, Tempah Tiket Ke Separuh Akhir All England

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 18 Mar 2023 7:00AM

Zii Jia berjaya memecahkan belenggu tersingkir di pusingan awal. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaguh perseorangan badminton negara Lee Zii Jia akhirnya berjaya memecahkan belenggu tersingkir di pusingan awal, apabila mara ke separuh akhir Kejohanan All England 2023 dengan mengetepikan Kodai Naraoka, malam tadi.

Setelah berdepan kritikan kerana gagal melepasi pusingan kedua dalam empat kejohanan berturut-turut, pemain berusia 24 tahun itu memulakan langkah kanan di Utilita Arena di Birmingham, menewaskan bintang Jepun itu 21-9 pada set pertama.

Pemain nombor enam Naraoka memenangi set kedua 21-10, namun set penentuan menjadi milik Zii Jia, yang juga juara All England 2021, dengan kemenangan 21-13 usai 67 minit perlawanan.

Zii Jia yang berada di kedudukan nombor empat dunia adakan berdepan Shi Yu Qi (ranking ke-13) dari China, yang mudah mengalahkan rakan sepasukan Weng Hong Yang 21-9, 21-16.

Kali terakhir Zii Jia menjuarai kejohanan ialah pada Terbuka Thailand, Mei tahun lepas, dan sejak itu beliau gagal untuk melepasi pusingan kedua dalam kejohanan yang disertainya iaitu Terbuka Malaysia, Terbuka India, Masters Indonesia dan Terbuka Jerman.

Seorang lagi perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong gagal menemani Zii Jia ke separuh akhir, selepas tumpas 21-11, 21-11 kepada pemain China Li Shi Feng. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 bulan yang lalu

Zii Jia Berazam Teruskan Perjuangan Menang Emas Di LA28

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Olimpik Paris 2024: Zii Jia Layak Ke Separuh Akhir

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Zii Jia Alami Kekejangan Otot, Tarik Diri Terbuka Singapura

4

Sukan 4 bulan yang lalu

Zii Jia Kejutkan Antonsen Untuk Separuh Akhir Malaysia Masters

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia