web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pearly-Thinaah Mara Ke Separuh Akhir Terbuka Jerman

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2023 11:18AM

Pearly Tan dan M Thinaah akan bertemu dengan satu lagi pasangan dari Jepun untuk menempah tiket ke final. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaguh badminton beregu wanita Malaysia Pearly Tan-M Thinaah nyata berada dalam kelas tersendiri apabila menjadi wakil tunggal negara yang berjaya menempah slot ke peringkat separuh akhir Terbuka Jerman 2023 di Mulheim.

Beregu nombor enam dunia itu tidak mempunyai masalah untuk menundukkan pasangan dari Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara 21-17, 18-21, 21-11 dalam saingan peringkat suku akhir kejohanan Super 300 itu awal pagi ini (Jumaat malam di Jerman).

Keputusan itu menyaksikan juara Sukan Komanwel 2022 itu akan membuat perhitungan bersama beregu Jepun Nami Matsuyama-Chiharu Shida yang juga pilihan pertama kejohanan, dijangka pada pukul 12 tengah malam ini waktu Malaysia, dalam usaha menempah tiket ke final.

Mengikut rekod pertemuan sebelum ini, Pearly-Thinaah yang juga pilihan ketiga kejohanan hanya pernah menewaskan Nami-Chiharu sekali iaitu pada Kejohanan Terbuka Perancis 2022, sebelum tewas kepada beregu yang berada di ranking kedua dunia itu sebanyak tujuh kali.

Sementara itu beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tewas kepada pasangan yang berada pada ranking ke-14 dunia, Kim Won Ho-Jeong Na Eun dari Korea Selatan, 20-22, 14-21 dalam pertembungan peringkat suku akhir yang berlangsung selama 41 minit. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 bulan yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Olimpik Paris 2024: Zii Jia Layak Ke Separuh Akhir

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Olimpik Paris 2024: Kem Badminton Berdepan Tembok Besar China, Vikings

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Tangisan, Kecederaan Tutup Tirai Hari Kelima Kontinjen Malaysia

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia