web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Masters Malaysia: Pearly-Thinaah Tersungkur Di Separuh Akhir 

Sukan Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2024 8:43AM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR- Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah gagal dalam usaha mengakhiri kemarau memenangi sebarang gelaran selama 18 bulan dalam siri Jelajah Dunia apabila terkandas di separuh akhir Masters Malaysia semalam.

Pasangan ranking ke-13 dunia yang kali terakhir menjulang kejuardan Terbuka Perancis pada Oktober 2022, dikejutkan dengan kekalahan di tangan beregu ranking ke-26 dari Korea Selatan, Lee Yu Lim-Shin Seung Chan 16-21, 11-21 selepas bertarung selama 45 minit di Axiata Arena di sini.

Menanti Lee-Shin di final hari ini ialah pilihan utama Rin Iwanaga-Kie Nakanishi dari Jepun yang menewaskan Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva dari Bulgaria 21-14, 21-16 dalam satu lagi separuh akhir.

Naib juara edisi lepas Pearly-Thinaah, yang telah menewaskan lawan Korea Selatan itu pada satu-satunya pertemuan mereka sebelum ini di Masters Kumamota di Jepun tahun lepas berkata, peningkatan kelajuan pukulan lawan telah memberi tekanan.

"Secara fizikal semuanya baik, cuma dari segi strategi yang perlu kami usahakan. Kami teruja untuk kembali semula ke gelanggang kerana sudah lama tidak menyertai kejohanan sejak Kejohanan Asia awal April lalu.

"Meskipun tewas tetapi masih ada perkara positif yang mana tahap komunikasi antara kami di gelanggang kini lebih baik, "kata Pearly.

Sementara itu, Thindah berkata mereka perlu lebih fokus menjelang Sukan Olimpik Paris 2024 bermula 26 Julai hingga ll Ogos ini.

Selepas ini, pemenang emas Sukan Komanwel Birmingham 2002 itu akan mengalih tumpuan menghadapi Terbuka Singapura yang bermula Selasa ini diikuti Terbuka Indonesia di Jakarta, minggu depan.

Sementara itu, juara perseorangan wanita dua kali (2013, 2016) PV Sindhu hanya selangkah untuk menamatkan kemarau gelaran dua tahun apabila berdepan penyandang juara Asia dan pilihan kedua Wang Zhi Yi dari China, hari ini.

Sindhu, ranking ke-15 dunia, kali terakhir menjuarai Terbuka Singapura pada Julai 2022, bangkit daripada ketinggalan untuk menyingkirkan Busanan Ongbamrungphan dari Thailand 13-21, 21-16, 21-12 pada separuh akhir manakala Zhi Yi menumpaskan rakan senegaranya, Zhang Yi Man 21-19, 21-11.

Juara dunia 2019 dari India itu berkata menamatkan kemarau kejuardan esok adalah penting dalam meningkatkan keyakinannya menjelang Sukan Olimpik Paris selepas menewaskan Zhi Yi dua kali dalam tiga pertemuan mereka sebelum ini.

"Saya berharap untuk memenangi kejuaraan ini buat kali ketiga, tetapi tidak boleh terlalu yakin kerana Zhi Yi adalah pemain yang sangat bagus. Penonton sangat hebat hari ini, mereka bersorak untuk saya, saya sangat berterima kasih kepada mereka, harap sokongan yang sama akan ada esok," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Perak Catat Kemenangan Pertama Di Laman Sendiri, Sabah Tumbang Di Selayang

2

Sukan 1 bulan yang lalu

‘Jaga Nama Baik Negara, Jangan Heret Insiden Sukan Jadi Isu Peribadi’ - Shah Firdaus

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Bonjour! Paris: Perasmian Sukan Olimpik 2024 Unik Dan Luar Biasa

4

Sukan 3 bulan yang lalu

4 Negara Sah Berentap Untuk Pestabola Merdeka 2024

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia