web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Alasan Penat Sze Fei-Nur Izzuddin, Rexy Akui Salah Faham

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2022 9:18PM

Nur Izzuddin Rumsani dan Goh Sze Fei - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Rexy Mainaky mengakui terdapat salah faham dalam isu alasan penat diberikan beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani selepas tewas pada Terbuka Singapura 2022, baru-baru ini.

Rexy menjelaskan jurulatih beregu Tan Bin Shen telah menyampaikan maklumat salah kepadanya berhubung faktor yang menyebabkan Sze Fei-Nur Izzuddin, selaku pilihan keenam kejohanan, tewas dalam pusingan kedua Terbuka Singapura 2022 itu.

Gandingan ke-12 terbaik dunia itu tumpas kepada pasangan bukan pilihan dari India M.R. Arjun-Dhruv Kapila, 18-21, 24-22, 21-18 dalam saingan yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura.

“Mereka (Sze Fei-Nur Izzuddin) tak cakap penat. Hanya salah faham daripada Bin Shen sewaktu beliau sampaikan kepada saya,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sebaliknya, pakar beregu dari Indonesia itu memaklumkan aksi kurang konsisten dipamerkan Sze Fe-Nur Izzuddin pada set ketiga perlawanan itu membawa padah kepada mereka dalam kejohanan tersebut.

Jumaat lepas, Rexy menyifatkan alasan penat diberikan juara Terbuka Jerman 2022 itu sebagai tidak munasabah kerana percaya mereka mendapat rehat secukupnya selepas tersingkir di pusingan pertama Masters Malaysia kepada pasangan Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto, 14-21, 20-22, pada 5 Julai lepas.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram Ahad lepas, Nur Izzuddin menyatakan mereka tidak pernah memberi alasan selepas tewas kerana menyedari kekalahan perlu diterima dalam mana-mana kejohanan disertai. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 bulan yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Perjumpaan Dengan Meta Di Singapura Bincang Komitmen Tangkis Berita Palsu - Fahmi

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Bakal PM Singapura Umum Barisan Kabinet

4

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Trend 'Alamak' Dah Merebak Ke Singapura 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia