web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bakal PM Singapura Umum Barisan Kabinet

Luar Negara Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2024 9:37AM

Wong bersalaman dengan Tharman Shanmugaratnam (kanan) selepas mengumumkan senarai barisan baharu Kabinet - Gambar Kementerian Informasi dan Komunikasi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Bakal Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong mengumumkan barisan Kabinetnya pada Isnin, dengan Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan berkata Wong telah menerima pelawaan Presiden Tharman Shanmugaratnam untuk membentuk kerajaan seterusnya pada Isnin.

Wong, 51, yang akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keempat Singapura pada Rabu, akan mengekalkan portfolionya sebagai Menteri Kewangan manakala Kim Yong, 65, akan terus berkhidmat sebagai Menteri Perdagangan dan Perusahaan.

Beliau akan memangku jawatan Perdana Menteri, dalam ketiadaan PM. Kim Yong akan menjadi Pengerusi Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan mengambil alih Kumpulan Strategi di Pejabat Perdana Menteri (PMO).  

Sementara itu, seperti yang diumumkan sebelum ini, Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan dilantik sebagal Menteri Kanan dalam barisan kepimpinan baharu dan akan kekal sebagai Pengerusi Majlis Penyelidikan, Inovasi dan Perusahaan.

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat dan menteri-menteri lain dalam Kabinet Hsien Loong akan mengekalkan jawatan mereka.

Dalam barisan baharu, dua Menteri Negara - Low Yen Ling dan Desmond Tan - akan dinaikkan pangkat sebagai Menteri Negara Kanan manakala Setiausaha Parlimen Kanan Rahayu Mahzam dinaikkan pangkat sebagai Menteri Negara.

Yen Ling akan kekal dalam Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia serta Kementerian Perdagangan dan Perusahaan manakala Tan akan terus kekal dalam PMO.

Rahayu dinaikkan pangkat kepada Menteri Negara dan dilantik mengetuai Kementerian Perhubungan dan Penerangan serta terus berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan.

Menurut PMO pucuk kepimpinan baharu itu akan mengangkat sumpah pada 15 Mei kecuali Murali Pillai yang akan dilantik dan mengangkat sumpah pada 1 Julai sebagai Menteri Negara dalam Kementerian Undang-undang dan Kementerian Pengangkutan manakala Setiausaha Parlimen Kanan akan mengangkat sumpah pada 24 Mei.

Sementara itu, PMO dalam kenyataan turut mengumumkan bahawa Kementerian Perhubungan dan Penerangan akan dinamakan semula sebagai Kementerian Pembangunan Digital dan Penerangan, berkuat kuasa 8 Julai.

la berkata nama baharu itu mencerminkan peranan kementerian dalam memacu agenda digital nasional Singapura.

"Kementerian juga akan terus menyelia dasar dan strategi maklumat, pembangunan media dan usaha komunikasi awam," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 bulan yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Perjumpaan Dengan Meta Di Singapura Bincang Komitmen Tangkis Berita Palsu - Fahmi

3

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Trend 'Alamak' Dah Merebak Ke Singapura 

4

Luar Negara 5 bulan yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki