web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Perjumpaan Dengan Meta Di Singapura Bincang Komitmen Tangkis Berita Palsu - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2024 4:34PM

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil ditemui pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di Putrajaya hari ini. – Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perjumpaan Kementerian Komunikasi dengan Meta Platforms Inc (Meta) dan penyedia platform media sosial lain yang dijadualkan di Singapura pada bulan depan antaranya akan membincangkan komitmen kerajaan Madani dalam menangkis kandungan palsu dan penyebaran berita tidak benar.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pertemuan itu akan berlangsung sewaktu lawatan kerja rasminya ke republik berkenaan pada pertengahan Jun.

"... saya harap mereka dapat bersama-sama dengan pihak kerajaan dalam memastikan keselamatan dalam talian untuk kanak-kanak dan keluarga terjamin.

"Apa yang kita inginkan adalah keselamatan dalam talian, untuk menjadikan Internet selamat bagi kanak-kanak serta keluarga, dan saya percaya sudah pasti sama ada Meta, Facebook, Instagram dan WhatsApp, mereka sehaluan dengan kita dalam hal ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di sini, hari ini.

Terdahulu ketika berucap dalam majlis itu, Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan menyeru warga Kementerian Komunikasi untuk memanfaatkan bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya bagi meningkatkan produktiviti kerja.

Beliau berkata, manfaat AI bukan hanya dapat meningkatkan prestasi individu malah ia akan membantu memudah cara penyampaian perkhidmatan seperti yang diharapkan oleh rakyat.

Menyentuh mengenai kerjasama rentas kementerian, beliau turut menyeru Jabatan Penerangan (JaPen), Jabatan Penyiaran dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) memfokuskan kepada usaha bagi membanteras ketirisan dan melawan kegiatan penyeludupan diesel dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerusi penerbitan kandungan berita yang memanfaatkan rakyat.

"Saya lihat KPDN cukup hebat dalam usaha membanteras ketirisan, simpanan stok (diesel) dan sebagainya. Saya pohon JaPen dan komuniti MADANI berusaha memberi pemahaman kepada rakyat apakah mekanisme untuk membuat aduan (sekiranya ketirisan atau kenaikan harga barangan dikesan).

"Kita juga perlu bantu berkongsi video yang dimuat naik oleh KPDN di TikTok dan sebagainya,” kata Fahmi. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Proses Peralihan Kepada Model Dwirangkaian 5G Bermula Hari Ini - Fahmi

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Putrajaya Bertegas Tidak Benarkan Kontena Israel Masuk Pelabuhan Negara

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Kerajaan Bakal Lancar Kempen Keselamatan Dalam Talian Untuk Kanak-Kanak Dan Keluarga

4

Politik 4 minggu yang lalu

2 Timbalan Menteri Dilantik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rasuah RM30,000: 2 Pegawai Kanan Agensi Penguatkuasa Dan Isteri Direman

Semasa 1 hari yang lalu

Kekotoran Laut Di Langkawi 'Out Of Control’ - MP Langkawi 

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 jam yang lalu

Proses Tebang 90 Pokok Berisiko Sekitar KL Dijangka Selesai Awal Julai

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 1 hari yang lalu

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan