web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


2 Timbalan Menteri Dilantik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR

Politik Dikemaskini 4 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2024 8:36AM

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata parti itu turut melantik tiga ahli MPP baharu. – Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Dua timbalan menteri dilantik sebagai pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) susulan penyusunan semula kepemimpinan MPN yang diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu, semalam.

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil dalam kenyataan semalam memaklumkan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud dilantik sebagai Pengerusi MPN Sabah manakala Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh menjadi Pengerusi MPN Pahang.

Antara ahli MPP yang tersenarai dalam penyusunan semula itu ialah Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh (dilantik sebagai Pengerusi MPN Johor) dan Setiausaha Politik Perdana Menteri Azman Abidin (dilantik sebagai Pengerusi MPN Wilayah Persekutuan).

Roland Engan pula dilantik sebagai Pengerusi MPN Sarawak, Ahmad Nazri Mohd Yusof (Terengganu), Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor (Kelantan) manakala Datuk Seri Amirudin Shari dan Datuk Seri Aminudin Harun masing-masing kekal sebagai Pengerusi MPN Selangor serta Negeri Sembilan.

Fahmi berkata, PKR turut melantik tiga Ahli MPP baharu iaitu Datuk Dr Sangkar Rasam, Azan Ismail dan Datuk Dr Roslan Hussin.

Beliau berkata, mesyuarat turut membincangkan isu kemanusiaan dan peperangan di Gaza serta ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan partinya dalam usaha perdamaian di kawasan bergolak itu.

Fahmi berkata, Anwar, yang juga Presiden PKR, turut memberi penerangan mengenai isu semasa termasuk Perutusan Negara dan dasar kerajaan selain menyeru agar anggota serta penyokong parti menggembleng tenaga dan idea bagi memacu agenda Kerajaan MADANI.

"MPP juga telah membincangkan tahap kesiapsiagaan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil DUN (Dewan Undangan Negeri) Sungai Bakap tidak lama lagi," katanya. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Proses Peralihan Kepada Model Dwirangkaian 5G Bermula Hari Ini - Fahmi

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Putrajaya Bertegas Tidak Benarkan Kontena Israel Masuk Pelabuhan Negara

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Kerajaan Bakal Lancar Kempen Keselamatan Dalam Talian Untuk Kanak-Kanak Dan Keluarga

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Perjumpaan Dengan Meta Di Singapura Bincang Komitmen Tangkis Berita Palsu - Fahmi

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Agong Berkenan Persembah Warkah Persilaan Istiadat Pertabalan Kepada Sultan Brunei

Semasa 1 hari yang lalu

Sultan Nazrin Berkenan Rasmi Klinik Kesihatan Kuala Kangsar

Semasa 21 jam yang lalu

Konsert Double Trouble 2 : Bekas Penolong Pengurus Dituduh Minta, Terima Rasuah

Semasa 1 jam yang lalu

Warga Asing Guna Ubat 'Tidurkan' Kanak-Kanak Untuk Mengemis