web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Putrajaya Bertegas Tidak Benarkan Kontena Israel Masuk Pelabuhan Negara

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2024 8:32AM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kerajaan Malaysia mengulangi pendirian tegasnya yang tidak membenarkan sebarang kontena syarikat perkapalan berpangkalan di Israel, ZIM, memasuki pelabuhan negara ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata kerajaan sentiasa membuat pemantauan rapi dan tidak akan mengubah pendirian berhubung keputusan yang telah dibuat walaupun kontena syarikat perkapalan itu disewa oleh syarikat lain.

"Dalam mesyuarat Jemaah Menteri, kita ada mendapat sedikit maklum balas dan penegasan daripada Menteri Pengangkutan (Anthony Loke) bahawa sebarang kontena (syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel) tidak dibenarkan masuk ke pelabuhan di Malaysia.

"Apa yang berlaku di sempadan Perlis itu adalah selaras dasar kerajaan," katanya pada sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri di sini semalam ketika ditanya mengenai cubaan kenderaan dari negara jiran yang membawa kontena tertera logo ZIM memasuki Malaysia melalui laluan darat pada Ahad lepas.

Insiden itu menyaksikan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perlis menahan dan melakukan pemeriksaan lanjut sebelum mengarahkan kenderaan beserta kontena berisi ayam sejuk beku itu berpatah balik ke negara jiran pada hari yang sama.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan Kementerian Pengangkutan memastikan tiada mana-mana kontena syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel memasuki pelabuhan di seluruh negara kerana Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dan perniagaan secara langsung dengan rejim Zionis itu.

Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata Jemaah Menteri dimaklumkan oleh Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong mengenai beberapa perkembangan terkini dan maklum balas yang diterima Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) berhubung cadangan penubuhan Suruhanjaya Gig Malaysia.

Beliau berkata susulan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta KESUMA menyediakan memorandum berkaitan cadangan penubuhan suruhanjaya itu agar keputusan dasar dapat dilaksana.

Semalam, media melaporkan KESUMA akan membentangkan nota pertama mengenai cadangan penubuhan Suruhanjaya Gig Malaysia pada mesyuarat Jemaah Menteri hari ini yang membabitkan laporan interim cadangan berkenaan bagi memperoleh kelulusan daripada Jemaah Menteri.

Pada Majlis Sambutan Hari Pekerja 2024, Anwar mahu penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig disegerakan kerana ia penting bagi memberi perhatian dan keprihatinan yang lebih kepada pekerja sektor itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Proses Peralihan Kepada Model Dwirangkaian 5G Bermula Hari Ini - Fahmi

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kerajaan Bakal Lancar Kempen Keselamatan Dalam Talian Untuk Kanak-Kanak Dan Keluarga

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Perjumpaan Dengan Meta Di Singapura Bincang Komitmen Tangkis Berita Palsu - Fahmi

4

Politik 4 minggu yang lalu

2 Timbalan Menteri Dilantik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

1,301 Jemaah Disahkan Meninggal Dunia, 83 Peratus Tidak Miliki Permit Tunai Haji 

oleh Diyana Nawwar

Semasa 17 jam yang lalu

Agong Berkenan Persembah Warkah Persilaan Istiadat Pertabalan Kepada Sultan Brunei

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki ‘Kantoi’ Curang Mengaku Tak Bersalah Belasah Isteri

Sukan 22 jam yang lalu

Azeem Tidak Terkilan Jika Tidak Dapat Beraksi Di Olimpik Paris 2024