web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Dapatkan Perkenan Agong, Isytihar Darurat Melaka Elak PRN - PEJUANG

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2021 5:46PM

Mukhriz Mahathir - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kerajaan Persekutuan didesak supaya mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mengisytiharkan darurat di Melaka bagi memastikan pilihan raya negeri (PRN) tidak dilangsungkan dalam tempoh terdekat. 

Presiden Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, pengisytiharan darurat itu perlu dibuat hingga penularan COVID-19 benar-benar terkawal agar PRN tdapat dilaksanakan dengan selamat. 

Buat sementara waktu katanya, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka boleh dilantik untuk mengetuai kerajaan 'Caretaker' bagi melaksanakan tanggungjawab di negeri itu. 

"Dengan penuh hormat dan takzimnya, PEJUANG merafak sembah memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat di Melaka dan melantik Setiausaha Kerajaan Negeri untuk mengetuai kerajaan 'Caretaker' hingga tarikh yang dirasakan sesuai. 

"Sesetengah pihak berpendapat perubahan kerajaan negeri, pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan perolehan mandat baharu daripada rakyat itu penting. Namun sesuatu yang lebih penting adalah nyawa rakyat mungkin terancam jika jangkitan COVID-19 menjadi tidak terkawal seperti berlaku di Sabah sebelum ini," katanya di sini, hari ini. 

Mukhriz menambah, keadaan kucar-kacir di negeri Hang Tuah itu dicetuskan oleh kemelut politik dalaman UMNO dan walau hanya satu nyawa sekali pun, ia cukup berharga untuk dikorbankan bagi mengatasi kemelut berkenaan.

"Hakikatnya majoriti rakyat Melaka menolak PRN di saat mereka baru saja cuba bangkit dari pelbagai sekatan akibat pandemik COVID-19. Mereka baru hendak membina semula kehidupan serta mencari rezeki untuk kelangsungan hidup. 

"Jangan nanti mereka seperti dipaksa dan terpaksa keluar mengundi, malah lebih buruk lagi jika mereka memboikot PRN tersebut," katanya. - Getaran 9 Oktober 2021.

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 38 minit yang lalu

Siasatan Gangguan Seksual Terhadap Wartawan Wanita Di Peringkat Akhir

Semasa 1 hari yang lalu

Gangguan Seksual Oleh Petugas Kempen: Saifuddin Jamin Siasatan Telus

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu

Semasa 1 hari yang lalu

Uncle Roger Umum Buka Restoran Pertama Di Malaysia

oleh Diyana Nawwar