web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sokongan Semakin Pudar, PN Terpaksa Tunduk Kepada Tun M

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2023 6:46PM

Semalam, Ahmad Faizal meluahkan pendapat senada dengan Dr Mahathir, apabila mencabar Perdana Menteri mendedahkan kekayaan dimiliki ketika Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menyandang portfolio Timbalan Perdana Menteri lebih 20 tahun lalu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendedahkan kekayaannya menunjukkan pengaruh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) semakin merosot, sehingga terpaksa tunduk kepada kehendak Pengerusi Gerakan Tahan Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengarah Komunikasi PKR, Lee Chean Chung berkata, PAS juga dilihat sedar bahawa sokongan rakyat terhadap pembangkang semakin pudar sehingga Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang terpaksa menandatangani Proklamasi Orang Melayu bersama mantan Perdana Menteri itu.

“Jelas bahawa pengaruh PAS dan BERSATU dilihat semakin merosot sehingga perlu bergantung kepada kekuatan Mahathir. 

“Amat pelik juga pimpinan ulung mereka iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun diketepikan,” katanya hari ini.

Chean Chung berkata, Ketua Pembangkang PN Datuk Seri Hamzah Zainuddin turut terpinggir untuk memberikan ruang kepada Mahathir. Tahniah kepada Mahathir kerana beliau telahpun menjadi “Ketua Umum” kepada PN,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Semalam, Ahmad Faizal atau lebih dikenali sebagai Peja meluahkan pendapat senada dengan Dr Mahathir, apabila mencabar Perdana Menteri mendedahkan kekayaan dimiliki ketika Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menyandang portfolio Timbalan Perdana Menteri lebih 20 tahun lalu.

Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden BERSATU memaklumkan, Anwar seharusnya tidak sewenang-wenangnya menuding jari kepada satu pihak (Dr Mahathir), apabila beliau namun sendiri tidak berani menunjukkan kemewahan dimiliki, termasuk perbelanjaan besar ketika berpolitik.

Dalam perkembangan berkaitan, Chean Chung berkata, cabaran tersebut tidak perlu dilayan kerana Anwar pernah membuat pengisytiharan harta pada 9 November tahun lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya menegaskan, PKR sentiasa telus, malah mewajibkan semua calon Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) tahun lalu untuk mengisytiharkan harta sebelum diangkat sebagai calon.

“Malangnya, walaupun BERSATU dan PAS sering kali melabelkan diri sebagai blok bersih beramanah, langkah membina budaya politik yang sihat dan telus ini tidak diamalkan. 

“Malah, Presiden BERSATU kini berhadapan dengan isu akaun parti yang dilambakkan dengan duit semasa negara berhadapan dengan krisis COVID-19 dan kini perlu menjawab di mahkamah,” katanya.

Sehubungan itu, Chean Chung menyeru agar rakyat menilai secara terbuka perangai pimpinan pembangkang yang gemar mencari jalan menjatuhkan Perdana Menteri, berbanding menumpukan kepada usaha membangunkan negara.

“Jelas bahawa fokus mereka bukanlah untuk memajukan ekonomi dan meringankan beban rakyat, sebaliknya percaturan politik yang bersifat opportunis, iaitu sudi bekerjasama dengan sesiapa jua asalkan dapat terus kekal relevan,” katanya.

Untuk rekod, Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun lalu telah mengisytiharkan hartanya dengan nilai aset bersih sebanyak RM11.2 juta, sebagai syarat untuk bertanding pada PRU-15

Sebahagian besar daripada aset beliau iaitu RM10.4 juta disumbangkan oleh empat unit hartanah yang dibeli antara tahun 2005 hingga 2022.

Antara aset hartanah dimilikinya adalah sebuah tanah beserta rumah di Segambut Dalam bernilai RM9 juta yang dibeli pada tahun 2005 secara tunai, dengan harga RM4 juta.

Menurut dokumen yang merekodkan pengisytiharan harta setakat 31 Oktober lalu, pembelian hartanah itu dibuat hasil daripada jualan rumah di Jalan Setiamurni 1 Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Tiga lagi aset hartanah dimilikinya adalah unit tanah di Port Dickson, Negeri Sembilan bernilai RM1 juta; tanah di Bentong, Pahang (RM300,000) dan tanah di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang (RM50,000).

Sementara itu, jumlah keseluruhan aset tunai dan simpanan Anwar antaranya di institusi kewangan dan akaun pelaburan adalah bernilai RM828,668.

Anwar sebelum ini pernah mengisytiharkan hartanya yang ketika itu bernilai RM10.7 juta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) pada tahun 2019.

Kerajaan pada ketika itu meminta anggota kabinet dan Ahli Parlimen PH melaksanakan langkah mengisytiharkan harta. - Getaran, 10 May 2023

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 minit yang lalu

Laporan Ketua Audit: KESUMA Buat Laporan SPRM

oleh Diyana Nawwar

Semasa 4 jam yang lalu

Akademi Air Asia Lalui Penjenamaan Semula, Perkasa Kemahiran Dan Bakat Individu

oleh Diyana Nawwar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

Semasa 21 jam yang lalu

Permohonan Daim Pindah Kes Ke Mahkamah Lain Didengar 9 Ogos