web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pilihan Raya PBT Perlu Beri Situasi Menang-Menang - Mohamad Sabu

Politik Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2023 5:11PM

Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Mohamad Sabu menyampaikan ucapan penggulungan pada Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara 2023 di Wyndham Acmar hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Cadangan untuk melaksanakan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) harus dipastikan dapat memberi situasi menang-menang kepada semua kaum, kata Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu.

Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata, perbincangan lanjut dan kajian mendalam perlu dilakukan bagi memastikan setiap kaum berpuas hati dan berasa selamat dengan pelaksanaan pilihan raya itu. 

“Kalau dipilih oleh rakyat, kena bekerja betul-betul untuk kepentingan rakyat, bukan kepentingan parti.  Kena ambil hati rakyat dan kena pastikan tidak ada mana-mana rakyat yang tercicir,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Konvensyen Nasional Amanah 2023 di sini, hari ini. 

Syor diadakan pilihan raya PBT mendapat perhatian semula apabila Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai yang juga Ahli Parlimen Cheras mencadangkan perkara itu pada Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan baru-baru ini.

Sementara itu, Mohamad berkata, beliau percaya gabungan parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan mampu menawan empat negeri yang ditakluk pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. 

“Kita mengamalkan politik kesederhanaan, saya yakin perpaduan akan terus kita berjalan baik, maka pada  PRU16 nanti Kerajaan Perpaduan akan kembali memerintah dengan lebih bergaya,” katanya. 

Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kini ditadbir oleh Perikatan Nasional. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

El Nino: Tanaman, Sumber Bekalan Makanan Tempatan Tidak Terjejas - Mohamad

2

Politik 5 bulan yang lalu

Mahfuz, Dr Hatta Dilantik Naib Presiden AMANAH

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Cadangan Pilihan Raya PBT Akan Dibincang Bersama KPKT - Dr Zaliha

4

Politik 6 bulan yang lalu

AMANAH Perlu Pendekatan Baharu Bagi Tangani Strategi PAS

Sorotan

1

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

2

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

3

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

4

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

5

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘PAS Takkan Mampu Bentuk Kerajaan Di Putrajaya’ - Tun M

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Bas Genting Highlands: Pemandu Direman 4 Hari

Semasa 8 jam yang lalu

Waktu Kerja Lebih Fleksibel Mampu Tingkatkan ‘Work Life Balance’ Rakyat Malaysia

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

‘Syed Husin Insan Amat Rapat, Sentiasa Jadi Rujukan’ - PM