web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Shuib Minta Jangan Timbulkan Spekulasi Tidak Benar Tentang Hubungannya Dengan Watie 

“Anak-anak lama tahu hubungan kami namun, mereka memilih untuk berdiam diri, tapi apabila orang ramai dah tahu, mereka pula mengusik saya dah kantoi,” Shuib. 

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2022 8:00PM

Shuib Sepahtu - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu menafikan dakwaan berkenaan isunya bakal berkahwin dengan wanita yang dikenali sebagai Watie Hanifiah pada bulan Mac depan.

Shuib berkata, soal perkahwinan merupakan satu hal yang sedih dan jika dia ingin berkenalan dengan seseorang, sudah pasti dia akan meminta pandangan daripada ibu dan keluarganya terlebih dahulu. 

“Bagi saya buat masa ini, keluarga saya paling penting bagi saya. Kalau saya nak berkawan dengan seseorang, saya akan minta pandangan ibu. Ia sangat penting untuk ibu saya berasa selesa dan merestui hubungan saya.

“Saya tidak mahu keluarga saya fikir, saya membelakangi mereka. Sejujurnya saya takut perkara itu berlaku sebab apa-apa pun kami akan berbincang bersama,” katanya pada sidang media musim ketiga 'The Masked Singer Malaysia'.

Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad, 38, turut berkata, anak-anaknya pernah mempersoalkan mengapa segelintir individu tidak menyukai Watie.

Shuib berharap peminat tidak menimbulkan sebarang spekulasi terhadap kenalannya, Watie. - Gambar Syeda Imran
Shuib berharap peminat tidak menimbulkan sebarang spekulasi terhadap kenalannya, Watie. - Gambar Syeda Imran

Tentang wanita bernama Watie yang dikenalinya itu, Shuib mengakui, anak-anak sudah lama berkenalan dengan wanita tersebut dan mereka selesa bersamanya.

“Anak-anak lama tahu hubungan kami, namun mereka memilih untuk berdiam diri. Tapi, apabila orang ramai dah tahu, mereka pula mengusik saya dah kantoi.

“Malah, anak-anak saya juga pernah tanya, ‘kenapa ramai tak suka auntie’ ‘apa auntie buat’?, anak saya soal saya begitu,” ujarnya.

Jelas Shuib lagi, dia tidak akan sorok tentang perancangan mendirikan rumah tangga pada masa hadapan (jika ada) dan sedia berkongsi dengan semua.

Shuib berharap orang ramai tidak akan menimbulkan spekulasi atau perkara tidak benar dalam soal hubungannya bersama Watie.

Dalam perkembangan lain, Shuib bakal muncul sebagai salah seorang daripada enam juri selain Zul Ariffin, Sharnaaz Ahmad, Elly Mazlein, Didie Alias, Emma Maembong dan Atu Zero dalam rancangan ‘The Masked Singer Malaysia’ Musim -3 (TMSM). – Getaran, 14 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

MK K-Clique Kini Sah Bergelar Suami Orang Hanya Dengan Sekali Lafaz

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Anggota Kumpulan Dolla Iaitu Angel Kena Serang Peminat Fanatik, Gara-Gara Tak Puas Hati Gosip Bercinta Dengan Nadhir Nasar

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Persiapan Sudah 30 Peratus - Shuib Bakal Nikahi Wati Bulan Jun Ini, Raya Bersama Keluarga Bakal Isterinya Tahun Ini

4

TARA 1 tahun yang lalu

Saling Tukar Barang Di Set Penggambaran, Lim Ji-Yeon, Lee Do-Hyun Rasmi Bercinta!

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Demi Watak, Hariz Hamdan Sanggup Cium Tapak Kaki Farah Ahmad Dalam Siri X-Change

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 3 jam yang lalu

Filem Trilogi Epik Demon Slayer Bakal Ditayangkan Di Pawagam 

Crunchyroll dan Sony Pictures Entertainment bersedia untuk edar filem sinematik tiga bahagian yang membawa kemuncak shonen saga kepada penonton global.

oleh Wartawan Hiburan Getaran