web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Selera Peranakan Baba Nyonya Di Bumi Kenyalang

Selera Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2024 4:00PM

gambar FB Karen Jann, Nyonya Kitchen By Sonia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Kuih Ang Ku, acar ikan nyonya atau acar hu, ayam buah keluak dan ikan gerang asam, hanyalah sebahagian daripada pelbagai makanan dan pencuci mulut tradisi Baba dan Nyonya yang popular dan mudah didapati di Semenanjung khususnya di Melaka dan Pulau Pinang yang mempunyai ramai komuniti berkenaan.

Namun, situasi sama tidak berlaku di negeri Bumi Kenyalang, mahupun Sabah yang berpisah ribuan kilometer dari Semenanjung apabila agak sukar untuk mendapatkan makanan warisan turun-temurun masyarakat peranakan itu memandangkan komuniti mereka tidak banyak di situ.

Hakikatnya, ramai sebenarnya penggemar masakan komuniti Baba dan Nyonya yang terkenal dengan pemakaian baju kebaya serta kasut manik bagi kaum wanitanya, namun terpaksa melupakan keinginan disebabkan sukar mendapatkannya di dua negeri berkenaan.

Perkara itu yang dikongsikan oleh Shannen Lee, pengurus Nyonya Kitchen By Sonia yang membuka restoran peranakan itu di Sarawak sejak Jun tahun lalu, mendapati masyarakat di negeri ini bukan sahaja tertarik dengan masakan Baba dan Nyonya, tetapi juga ingin mengenali lebih dekat warisan dan keistimewaan tradisi kaum minoriti yang semakin terhakis.

Situasi itu diterjemahkan oleh anak tempatan ini menerusi dekorasi di restorannya yang terletak di Jalan Datuk Tawi Sli, berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Dengan menggabungkan dekorasi berkonsepkan budaya Melayu serta Cina yang sinonim dengan identiti Baba Nyonya, lukisan mural wanita menggayakan kebaya nyonya, bingkaian kain batik Malaysia serta susunan mangkuk tingkat dan buah mahjung yang menghiasi rak, ditonjolkan wanita ini di restoran berkenaan.

Suasananya tidak ubah seolah-olah berada di rumah komuniti peranakan itu sebaik melangkah ke restoran berkenaan, sekali gus pastinya mengubati kerinduan masyarakat di negeri ini untuk menikmati selera tradisi Baba dan Nyonya.

"Kami mahu menonjolkan makanan asli Baba Nyonya tanpa menggunakan lemak dan daging khinzir bagi membolehkan semua boleh menikmatinya. Resipi masakan dipelajari oleh nenek saya, Sonia Yong, setelah berkahwin dengan datuk daripada keluarga Baba Nyonya.

"Idea membuka restoran bermula apabila masakan nenek sering kali mendapat pujian sewaktu himpunan keluarga sehingga ada yang memberi cadangan untuk dia buka restoran kerana tidak banyak restoran Baba Nyonya di Kuching," katanya.

Mesra dengan panggilan 'Ahma', Sonia, 83, berkata, antara hidangan utama yang berasaskan resipi air tangannya adalah nasi ulam, sup ikan asam, ayam buah keluak dan sambal bendi.

Pendedahan budaya itu tidak hanya menerusi makanan mahupun dekorasi, tetapi Lee turut mengetengahkan pelbagai pemanis mulut serta kuih-muih tradisi masyarakat peranakan itu yang popular di kebanyakan tempat seperti bingka ubi, kuih salat (seperti kuih seri muka) dan onde-onde.

"Semua kuih ini dibuat sendiri. Pada awalnya, ada 15 jenis kuih tetapi kami tapis mana yang digemari pelanggan untuk dijual dan kami ada pelanggan dari Sibu dan Miri yang ke sini hanya untuk bungkus kuih dan nikmatinya di rumah.

"Ramai yang mahu kami bekalkan kuih di tempat lain di luar restoran, tetapi kami menolaknya kerana mahu orang datang ke sini untuk menikmati kuih tradisi, sebab itu restoran ini unik kerana kami menjual kuih kami sendiri," kata Lee dan menambah cef di situ mengambil masa empat bulan untuk menguasai resipi neneknya.

Restoran berkenaan juga sentiasa melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi mencipta lebih banyak menu buat pelanggan pada masa akan datang.

"Sejak dibuka, kami sudah ada lebih 20 menu dan akan memperkenalkan menu tambahan yang masih dalam proses R&D seperti rendang daging dan kari daging... Itu bukan resipi nenek saya," katanya yang berharap untuk mengembangkan lagi cawangan restoran itu suatu hari nanti. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

HAWANA 2024 Bermula, Media Meriah Berkampung Di Kuching

2

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Resipi Mentua Rahsia Usahawan Wanita Raih Pendapatan Enam Angka

3

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Hujan Lebat Tak Berhenti, Kuching Dilanda Banjir Kilat

4

Muzik 8 bulan yang lalu

Yuna Asia Tour Singgah Di Kuching 27 Oktober Ini

Sorotan

1

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

2

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

3

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

4

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

5

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

Disyorkan untuk anda

Jelajah 8 jam yang lalu

Encore Melaka Dibuka Semula Dengan Barisan Persembahan Ekstravaganza

oleh Rahayu MN

Gaya 2 jam yang lalu

7 Motosikal Paling Bergaya Di Malaysia, Semak Keistimewaan Masing-Masing

Sama ada prestasi unggul, atau reka bentuk tersendiri, setiap motosikal ini mempunyai daya tarikan unik yang menjadikannya kegemaran penunggang Malaysia.

oleh Wartawan Gaya Hidup

Gaya 1 hari yang lalu

Program Pengurusan Berat Badan Diperibadikan Untuk Gaya Hidup Lebih Sihat

Program ageLOC® TRME® Nu Skin merupakan program transformasi gaya hidup sihat yang merangkumi suplemen dan shake berasaskan sains, pelan pemakanan seimbang

oleh Rahayu MN