web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


TMJ Mahu Bertemu 779 Guru Tolak Vaksin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2021 3:11PM

Gambar fail menunjukkan Tunku Ismail Sultan Ibrahim bekenan melakukan perjumpaan dengan Menteri Besar Johor Datuk lr Hasni Mohammad bersama Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R Vidyananthan, Pengarah Kesihatan Negeri Johor Datuk Dr Aman Rabu serta pakar-pakar penyakit berjangkit Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman dan Dr Dhesi Baha Raja. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini menitahkan Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan seramai 779 guru di negeri ini yang dilaporkan menolak untuk menerima vaksin COVID-19 menghadap baginda dalam masa terdekat. 

Tunku Ismail menerusi hantaran dalam laman Twitter bertitah ini kerana keutamaan adalah untuk mengatasi pandemik itu secepat mungkin supaya rakyat dan negeri boleh kembali serta meneruskan kehidupan seperti biasa.

"Saya akan berjumpa dengan Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan guru-guru tersebut dalam masa terdekat. Keutamaan kami adalah untuk mengatasi pandemik ini secepat mungkin supaya rakyat, negeri boleh kembali dan meneruskan kehidupan seperti biasa," titah baginda.

Untuk rekod, jawatan Pengarah JPNJ kini dipangku Timbalan Pengarah Pendidikan (Pembelajaran) Shahilon Abd Halim. 

Baginda berkata demikian ketika mengulas laporan berita mengenai seramai 779 guru di negeri itu telah menolak pemberian vaksin COVID-19.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri Mazlan Bujang memberitahu Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor terdapat golongan guru yang menolak pemberian vaksin. 

Bagaimanapun, usaha kini dilakukan menerusi JPNJ dan Jabatan Agama Islam untuk memberi penerangan mengenai kebaikan vaksin supaya golongan guru itu bersetuju menerima vaksin berkenaan. 

Sehingga 19 Ogos, seramai 45,448 atau 96.26 peratus guru di Johor telah menerima dos pertama dan seramai 23,746 guru sudah lengkap menerima kedua-dua dos suntikan vaksin, kata ADUN Puteri Wangsa itu. 

Anggota kumpulan pelaksana (AKP) seramai 6,539 atau 91.43 peratus sudah menerima dos pertama dan 2,816 atau 39.37 peratus telah lengkap dua dos vaksin. 

Staf sokongan operasi pula seramai 9,236 atau 71.49 peratus telah menerima satu dos vaksin dan 7,030 atau 54.42 peratus telah menerima dua dos suntikan vaksin. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad