web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kesudian Pembangkang Timbang Sertai MPN Perkembangan Memberangsangkan – PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2021 5:08PM

Ismail Sabri melawat kawasan yang terjejas akibat banjir di Yan - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JERAI - Kesudian blok pembangkang menimbangkan tawaran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menganggotai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19 disifatkan sebagai satu perkembangan memberangsangkan.

Perdana Menteri berkata, beliau sendiri akan berjumpa dengan kumpulan berkenaan bagi membincangkan perkara itu, khususnya berkaitan peranan mereka dalam dua entiti tersebut.

Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai pertemuan itu tidak didedahkan.

"Saya berterima kasih kerana pembangkang memberi maklum balas menggalakkan iaitu nak berbincang dan sebagainya. 

"Insya Allah, saya akan berjumpa mereka untuk berbincang termasuk mengenai peranan dimainkan mereka," katanya dalam sidang akhbar di Masjid Jamek Badlishah, Pekan Yan di sini, hari ini. 

Terdahulu, Ismail Sabri turut melakukan lawatan ke semua kawasan yang terjejas akibat tragedi kepala air di Kuala Muda dan Yan dengan diiingi Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor. 

Pada lawatan tersebut, beliau mengumumkan peruntukan sebanyak RM78 juta bagi membaik pulih dan menaik taraf infrastruktur selain membantu penduduk yang terjejas dalam tragedi berkenaan. 

Sebelum ini Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memaklumkan parti itu sedia mempertimbangkan tawaran untuk menjadi sebahgian daripada ahli MPN  dan jawatankuasa berkaitan, demi menyelamatkan nyawa serta mata pencarian rakyat. 

Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmid Mohamed Fadzil pula mencadangkan satu perbincangan diadakan antara Perdana Menteri dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung cadangan berkenaan. 

Sementara itu Perdana Menteri berkata, barisan Jemaah Menteri dijangka diumumkan minggu ini, selepas beliau mempersembahkan senarai nama kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan mendapat perkenan daripada baginda.

"Bagaimanapun setakat ini senarai namanya belum lagi ada. Sekarang ini kalau anda lihat di media sosial, setiap hari ada senarai nama Kabinet disebarkan. 

"Jangan percaya kerana semua itu palsu. Tetapi baguslah juga, bolehlah saya tengok-tengok senarai yang ada itu," katanya. 

Beliau turut memaklumkan, barisan Ahli Parlimen pembangkang tidak akan dilibatkan dalam senarai Kabinet baharunya nanti.

"Kita tiada kerajaan perpaduan yang melibatkan pembangkan dalam Kabinet. Namun kerjasama itu bukan semestinya memerlukan mereka berada dalam Kabinet. 

"Kalau betul nak bantu isu COVID-19 kita ada jawatankuasa khas menangani COVID-19 dan untuk pemulihan ekonomi, kita ada Jawatankuasa MPN. Sebab itu saya jemput mereka sama," katanya. – Getaran, 23 Ogos 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad