web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemandu Preve Rempuh 6 Motosikal, Serah Diri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2021 9:49PM

3 lelaki maut selepas motosikal yang mereka tunggang dirempuh oleh sebuah kereta di (KM) 4, Jalan Kampung Acheh-Sitiawan Sabtu lepas

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LUMUT - Pemandu kereta Proton Preve yang melarikan diri selepas merempuh enam motosikal di kilometer (KM) 4, Jalan Kampung Acheh-Sitiawan Sabtu lepas, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata lelaki berumur 38 tahun itu menyerah diri kira-kira pukul 2.50 petang.

“Pemandu telah serah diri ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Manjung hari ini.

“Permohonan reman akan dibuat esok. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi di sini.

Nor Omar berkata suspek turut ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas ujian air kencing ke atas suspek didapati positif dadah jenis Methamphetamine.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, suspek yang memandu bersama dua lagi rakannya dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh enam motosikal.

Kemalangan itu turut menyebabkan tiga lelaki maut di tempat kejadian manakala empat penunggang motosikal dan dua penumpang kereta Proton Preve itu cedera parah dan dirawat di Hospital Seri Manjung. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad