web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


303 Kilogram Syabu Dirampas, Cecah Nilai RM11 Juta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2021 5:43PM

Idris (dua kiri) menunjukkan sebahagian daripada 303 kilogram syabu di Tawau pada Isnin lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Sebanyak 303 kilogram dadah jenis syabu dianggarkan bernilai hampir RM11 juta dirampas Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kampung Batu Payung, di sini, Isnin lalu.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, semua dadah berkenaan ditemui dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton, yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, polis menemui kenderaan terbabit di kawasan Kampung Mambalua, Batu 10, Jalan Apas dalam keadaan mencurigakan sebelum mengarahkan pemandunya berhenti untuk pemeriksaan.

 “Bagaimanapun, pemandu terbabit terus memecut, dalam usaha melarikan sebelum berjaya ditahan di Kampung Batu Payung.

“Hasil pemeriksaan, polis menemui 12 bagasi pelbagai saiz mengandungi ratusan bungkusan berwarna hijau yang berisi hablur putih dipercayai syabu di dalam kenderaan suspek,” katanya menerusi sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sabah, Asisten Komisioner (ACP) Lam Thiam Huat dan Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner (ACP) Peter Umbuas.

Menurut Idris, berat kasar dadah itu mencecah 303 kilogram dengan anggaran nilai hampir RM11 juta dan merupakan tangkapan terbesar di Sabah setakat ini.

“Serbuan di kediaman suspek turut merampas wang tunai bernilai RM122,284.57 termasuk simpanan dalam bank dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM11.07 juta,” katanya.

Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Sementara itu Idris menjelaskan, pihaknya masih menyiasat secara terperinci sindiket penyeludupan dadah di negeri ini khususnya di Tawau.

“Siasatan awal mendapati dadah berkenaan dibawa masuk ke Tawau dari negara luar menggunakan jalan laut.

“Polis tidak menolak kemungkinan sindiket ini turut menggunakan pelabuhan,” katanya. - Getaran, 9 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia