web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Versi Negaraku Ketinggalan Zaman - Michael Veerapen

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2021 9:16AM

Michael Veerapen - Gambar Syida Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebagai anak jati Malaysia, komposer muzik tersohor Michael Veerapen, tidak segan silu untuk mendeklamasikan cintanya terhadap lagu kebangsaan Negaraku.

Meskipun begitu, cintanya pada lagu itu bukanlah buta, jauh sekali tuli.

“Bagi saya, versi rasmi lagu itu agak ketinggalan zaman,” katanya dalam pertemuan bersama Getaran baru-baru ini.

Michael, pemain piano yang lahir pada tahun negara mencapai kemerdekaan, iaitu 1957 itu berpendapat, ada keperluan bagi rakyat untuk menikmati sedikit kelonggaran kreativiti dengan menggubah Negaraku mengikut citarasa tersendiri.

“Macam di Amerika Syarikat, setiap penyanyi akan mendendangkan lagu kebangsaan versi mereka.

“Contohnya, Beyonce akan menyanyi macam Beyonce. Di sini, kita ada versi rasmi, walaupun ada yang tidak menyanyi dengan sepenuh hati dan sekadar menggerakkan mulut sahaja,” katanya yang pernah berkhidmat sebagai pengarah muzik penghibur nombor satu Asia, Allahyarham Sudirman Arshad.

Walaupun berasal daripada adaptasi lagu negeri Perak, ‘Allah Lanjutkan Usia Sultan’, susur galur lagu Negaraku bermula daripada lagu keroncong, ‘Terang Bulan.’

Selepas ia diangkat menjadi lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku pada 5 Ogos 1957 dan didendangkan pada 31 Ogos 1957, ia telah berkali-kali diberi sentuhan baharu.

Untuk memelihara maruah dan kehormatan Negaraku, Akta Lagu Kebangsaan (ALK) telah digubal pada 1968, sebelum disemak semula pada tahun 1989.

Meskipun tiada peruntukan yang jelas dalam ALK perihal tatacara penggubahan Negaraku, sebuah stesen televisyen beberapa tahun lalu telah mengundang masalah apabila membikin dan menayangkan versi acapella lagu tersebut.

“Kita perlu sedari bahawa muzik bersifat subjektif. Pada 1957, mungkin satu gubahan sudah mencukupi kerana semua orang bersetuju dengannya tetapi, sekarang saya tidak rasa situasinya serupa.

“Generasi sekarang lebih individualistik dan kebanyakannya mahu menjadikan sesuatu benda itu milik mereka. Mereka mahukan versi mereka,” tambah Michael, yang juga berperanan sebagai Ketua Eksekutif Petra Music.

Bagaimanapun, beliau turut memahami kegusaran sesetengah pihak yang merasakan bahawa Negaraku tidak boleh diberi nafas baru sewenang-wenangnya.

Jika ia digubah dengan penuh keikhlasan dan rasa hormat, maka ia, kata Michael, tidak harus menjadi satu isu.

“Saya faham ia mungkin boleh dicemari dan tidak dihormati tetapi, saya juga merasakan ramai yang telah hilang semangat kenegaraan.

“Bagi saya, salah satu cara untuk menyemarakkan semangat tersebut adalah dengan memulihkan semula pertalian kita dengan lagu kebangsaan negara," katanya.

Gubahan ke atas Negaraku jelas beliau, tidak akan menukar intipatinya kerana ia akan kekal sebagai Negaraku.

Apabila ditanya, samada beliau menyimpan hasrat untuk mendendangkan gubahan Negaraku versinya yang tersendiri, Michael mengakui sememangnya beliau teruja untuk berbuat demikian.

“Kalau diberi kebebasan untuk buat begitu, saya sebagai ahli muzik akan berasa sangat berbesar hati untuk meluahkan rasa cinta kepada negara dengan cara saya yang tersendiri,” katanya. – Getaran, 16 September 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia