web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Labuan Hadapi Isu Kekurangan Bekalan Telur Di Pasaran

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2021 5:11PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN - Kedai-kedai runcit di seluruh pulau bebas cukai ini berhadapan isu kekurangan bekalan telur ekoran para pembekal di Sabah mengurangkan kuota bekalan mingguan kepada  bulanan.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Labuan, Dr Marysia James Abie berkata kekurangan bekalan yang berlarutan hampir dua minggu itu adalah berikutan arahan JPV Sabah kepada pengeluar telur tempatan (ladang ternakan ayam) untuk mengurangkan jumlah eksport sejak 20 Ogos lepas.

“Bekalan telur di Sabah berkurangan ekoran permintaan pengguna domestik yang melebihi pengeluaran,” katanya kepada Bernama hari ini.

Dr Marysia berkata ekoran arahan itu, jumlah dieksport telur ke Labuan telah berkurangan daripada 500,000 biji seminggu ke 500,000 biji sebulan.

“Isu ini hanya sementara sahaja kerana kita telah menghubungi rakan kita di Sabah bagi membantu menyelesaikan masalah ini dan kita diberitahu bahawa ladang-ladang ternakan ayam di sana sedang meningkatkan pengeluaran,” katanya.

Dr Marysia berkata penyelesaian lain adalah untuk membenarkan eksport telur dari Sarawak dan Semenanjung ke pulau ini.

“Kita menjangkakan bekalan akan kembali normal dalam masa satu atau dua minggu akan datang, kita berharap pengguna dapat memahami situasi ini, kita akan memainkan peranan untuk menyelesaikan kekurangan bekalan ini,” katanya.

Bernama dimaklumkan bahawa bekalan telur menyusut di Sabah berikutan pandemik COVID-19 yang menyebabkan ramai orang memilih untuk kerap memasak  sekali gus mencetuskan pembelian panik.

Kebanyakan pihak pengusaha ladang ternakan ayam mengakui pandemik adalah faktor yang mempengaruhi keputusan orang ramai untuk menjadi lebih mandiri dalam penyimpanan sumber makanan. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia