web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Isu Kanak-Kanak Jadi Yatim Akibat COVID, Dikupas Di Parlimen

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2021 7:35AM

Hannah Yeoh - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Statistik kanak-kanak menjadi anak yatim disebabkan kehilangan ibu bapa yang meninggal dunia akibat COVID-19 merupakan antara isu bakal dikupas pada persidangan Parlimen hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat persidangan Dewan Rakyat, perkara itu terkandung semasa sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan yang akan diajukan Hannah Yeoh (PH-Segambut) kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 

Yeoh turut meminta kementerian itu menyatakan langkah yang diambil dalam penjagaan dan kebajikan kanak-kanak tersebut. 

Datuk Azizah Mohd Dun (Bersatu-Beaufort) pula akan meminta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan langkah proaktif diambil untuk membendung penyalahgunaan media sosial yang mencetuskan suasana kegusaran dalam kalangan orang ramai terutamanya berkaitan vaksin COVID-19.

Dalam sesi soal jawab lisan itu juga, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) meminta Menteri Tenaga dan Sumber Asli menyatakan sejauh mana pemantauan aktiviti pembalakan di kawasan yang digazet sebagai hutan simpanan dan tindakan diambil terhadap kes pelanggaran.

Persidangan Dewan Rakyat hari ini juga akan menyambung semula perbahasan Titah Diraja.

Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen ke-14 adalah sidang Parlimen yang pertama di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini akan berlangsung selama 17 hari hingga 12 Oktober. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia