web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hukum Rakyat Enggan Mengundi Tidak Relevan - Bersih 2.0

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2021 5:58PM

BERSIH 2.0 sifatkan cadangan supaya rakyat yang tidak mengundi dihukum, sebagai tidak sesuai dan bercanggah dengan prinsip kebebasan. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR- Cadangan dikemukakan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan supaya kerajaan menghukum rakyat yang tidak mengundi, dianggap tidak sesuai dan bercanggah dengan prinsip kebebasan mereka.

Jurucakap Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), berkata walaupun cadangan itu berkemungkinan berniat menggalakkan semua rakyat layak mengundi menjalankan tanggungjawab berkenaan, ia bukan sesuatu yang relevan kerana mereka mempunyai hak untuk tidak berbuat demikian.

Katanya, menghukum tanpa menyediakan prasarana, bantuan dan peluang lebih baik kepada rakyat hanya menyebabkan mereka hilang keyakinan terhadap proses demokrasi serta pilihan raya, kerana mereka mengundi disebabkan terpaksa dan bukan didorong oleh tanggungjawab.

“Sekiranya kita ingin peratusan keluar mengundi lebih tinggi, pendekatan menghukum tidak wajar digunakan sama sekali, sebaliknya kerajaan perlu bersiap sedia mendidik rakyat menerusi program pendidikan, kepentingan dan proses pengundian serta prinsip demokrasi.

“Isu penguatkuasaan hukuman juga bakal menjadi besar kepada badan penguatkuasa, seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengeluarkan saman kepada pemilih yang tidak turun mengundi,” katanya.

Menerusi cadangan dikemukakan ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat semalam, Ahmad meminta kerajaan mengenakan hukuman, seperti denda RM100, RM200 atau tidak membenarkan mereka memperbaharui lesen memandu jika rakyat enggan mengundi.

Beliau turut mencadangkan kerajaan mewajibkan proses mengundi kepada rakyat, memandangkan peratusan pengundi yang melaksanakan tanggungjawab itu pada pilihan raya sebelum ini adalah rendah.

Menurut jurucakap jawatankuasa itu, kerajaan perlu melaksanakan segera beberapa perkara bagi menyediakan sistem lebih baik untuk membantu rakyat mengundi.

Jelasnya, kerajaan perlu membuat penetapan tarikh pilihan raya, penambahbaikan kemudahan infrastruktur untuk orang kelainan upaya (OKU) dan pemanjangan tempoh pengundian.

Kerajaan juga perlu melakukan peluasan kategori undi tidak hadir kepada pengundi yang berada di luar kawasan bagi meningkatkan peratusan mereka untuk keluar mengundi.

“Penambahan pusat pengundian dan saluran pengundian untuk mengelakkan masa beratur lama juga harus dilakukan.

“Malah, pusat pengundian bergerak juga boleh dilaksanakan, terutama membabitkan pengundi di kawasan pedalaman,” katanya. – Getaran, 1 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: Pengundian Tamat 6 Petang, Penjumlahan Undi Bermula

2

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Parti Buruh Britain Dijangka Menang Pilihan Raya

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Parti Modi Gagal Peroleh Majoriti Mudah Setakat Ini

4

Politik 5 bulan yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia