web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


3.2 Peratus Lagi Untuk Capai 90 Peratus Vaksinasi Populasi Dewasa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2021 11:34AM

Seorang petugas PPV melakukan kerja-kerja mengemas pada hari terakhir beroperasi pada Majlis Penutupan PPV Stadium Bukit Jalil semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 3.2 peratus lagi diperlukan untuk mencecah angka 90 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap divaksinasi.

Berdasarkan perincian yang dikongsi menerusi portal COVIDNOW hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan setakat pukul 11.59 malam tadi (1 Okt), seramai 20,317,843 individu atau 86.8 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.

Setakat semalam juga, sebanyak 94.2 peratus atau 22,059,329 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 71,779 atau 2.3 peratus daripada mereka telah melengkapkan suntikan vaksin setakat semalam.

Perincian itu juga memaklumkan sebanyak 237,245 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam melibatkan 103,021 dos pertama dan 134,224 dos lengkap, menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 43,933,988 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.

Sementara itu, sebanyak 121 kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan setakat pukul 11.59 malam tadi (1 Okt), menurun sedikit berbanding 192 kes kematian dilapor pada Khamis, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di negara ini kini 26,456.

Bagaimanapun, daripada 121 kematian baharu itu, sebanyak 83 adalah kes kematian harian sebenar dalam purata tujuh hari, manakala selebihnya adalah kes kematian tertunggak atau ‘backlog’, dan angka itu boleh berubah sekiranya terdapat kes kematian yang dikemas kini.

Sebanyak 28 daripada jumlah kematian baharu itu dilaporkan berlaku di luar hospital (BID). - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia