web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sultan Ibrahim Murka Kejadian Pengemudi Bot Khayal Dadah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2021 7:51AM

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar - Gambar dari Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan rasa murka atas kejadian pengemudi bot yang membawa bot secara berbahaya di bawah pengaruh dadah berdekatan Pulau Rawa, Mersing, pagi semalam.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi baginda, Sultan Johor yang mengakui melihat sendiri kejadian itu, berasa kesal dengan kejadian itu.

“Saya rasa kesal dengan kejadian yang berlaku betul-betul di depan mata saya. Saya lihat mereka bawa bot penumpang dengan laju dan berbahaya dekat jeti Pulau Rawa. Saya arahkan pihak polis menahan bot tersebut yang di dalamnya ada membawa satu keluarga dengan anak-anak kecil untuk aktiviti keliling pulau,” titah baginda.

Justeru, Sultan Ibrahim mengarahkan agar semua agensi penguatkuasaan untuk meningkatkan rondaan dan mengambil tindakan tegas.

“Setelah pihak polis buat penahanan dan siasatan lanjut, jelaslah tindakan mereka memandu bot dengan tidak tentu arah kerana kesan pengaruh dadah.

“Ambillah tindakan tegas termasuk membatalkan lesen pemandu dan rampas bot yang tidak mengikut peraturan. Perkara seperti ini sangat memalukan industri pelancongan negeri Johor. Saya harap perkara sebegini tidak berulang lagi,” titah baginda.

Semalam, polis menahan dua lelaki yang merupakan tekong dan awak-awak bot pelancong berkenaan selepas didapati membawa bot secara berbahaya bersama lima yang lain di perairan Mersing, dekat pulau berkenaan.

Hasil saringan pihak polis, kedua-dua lelaki berusia lingkungan 22 hingga 26 tahun itu didapati positif dadah jenis methamphetamine. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia