web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Direman 3 Hari, Siasat Kes Suapan Babit Kontrak RM180,000

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 Oct 2021 1:32PM

Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini mengeluarkan perintah reman 3 hari ke atas seorang lagi kakitangan sebuah agensi kerajaan bagi membantu siasatan berhubung kes meminta dan menerima wang suapan daripada pemilik sebuah syarikat swasta sebagai balasan mendapatkan kontrak bernilai lebih RM180,000. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Seorang lagi individu direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes meminta dan menerima wang suapan daripada pemilik sebuah syarikat swasta sebagai balasan mendapatkan kontrak bernilai lebih RM180,000.

Perintah reman hingga 15 Oktober ke atas suspek lelaki berumur 57 tahun yang juga kakitangan sebuah agensi kerajaan itu dikeluarkan oleh Majistret Fatina Amyra Abdul Jalil di Mahkamah Majistret di sini selepas membenarkan permohonan dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Semalam, dua penjawat awam termasuk seorang wanita berumur 37 dan 40 tahun dari sebuah agensi kerajaan direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes sama. 

Isnin lepas, SPRM menahan dua kakitangan sebuah agensi kerajaan terbabit dan menurut sumber, mereka disyaki meminta wang suapan kira-kira RM20,000 sebagai balasan untuk syarikat itu mendapatkan kontrak membekal, menghantar serta memasang kelengkapan dan peralatan pejabat yang dianggarkan bernilai lebih RM180,000 daripada agensi berkenaan.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. 

Di mahkamah sama, Majistret Fatina Amyra mengeluarkan perintah reman selama lima hari hingga 17 Okt ini terhadap seorang penolong pegawai sebuah agensi perladangan berumur 41 tahun bagi membantu siasatan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM15,000.

Menurut sumber, suspek lelaki yang bertugas sebagai pengurus perniagaan agensi sama di kawasan Klang pada 2018, telah bersubahat dengan seorang pemilik syarikat bagi mengemukakan tuntutan palsu berhubung kerja-kerja pembekalan pasir sungai dan tanah kepada agensi perladangan tersebut, sedangkan kerja berkenaan tidak dilaksanakan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia