web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bapa Iblis Perkosa Anak, Suka Amal Seks Sadis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2021 5:58PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Bukan sekadar menzalimi isteri ketika melakukan hubungan intim, seorang lelaki berusia 40-an turut bertindak kejam apabila merogol anak sendiri semata-mata untuk memenuhi nafsu gilanya.

Menurut sumber, tindakan lelaki itu merogol remaja belasan tahun tersebut didakwa berlaku antara Disember tahun lalu hingga Jun lepas.

Katanya, kejadian itu biasanya berlaku ketika isteri lelaki berkenaan tidak berada di rumah kerana keluar bekerja atau tidur.

“Remaja tersebut yang berusia belasan tahun bagaimanapun tidak berani mendedahkan perbuatan keji bapanya, kerana bimbang dengan sikap lelaki tersebut yang panas baran.

“Mangsa yang merupakan pelajar pintar di sebuah sekolah di Kedah hanya berani berkongsi mengenai tindakan bapanya itu setelah ibunya membuka mulut mengenai kekejaman bapanya,” katanya kepada Getaran di sini, hari ini.

Menurut sumber berkenaan, wanita tersebut yang berusia 30-an mendakwa, suaminya sering menggunakan objek tertentu termasuk botol susu bayi ketika melakukan hubungan intim.

“Setelah kedua-duanya saling berkongsi penderitaan dialami, dua beranak itu akhirnya membuat laporan polis berhubung kejadian menimpa mereka.

“Wanita tersebut serta anaknya dihantar ke hospital bagi menjalani pemeriksaan sementara lelaki itu pula yang merupakan seorang penganggur, ditahan pada hari sama,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat ketika dihubungi mengesahkan bahawa pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana kes tersebut masih dalam disiasat. - Getaran 14 Oktober 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Mengaku Rogol Darah Daging, Bapa Berdepan 30 Tahun Penjara, Sebat

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

Semasa 20 jam yang lalu

Majlis Profesor Negara Nafi Salah Guna Dana

Semasa 1 hari yang lalu

Agong Terima Menghadap Sheikh Al-Azhar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu