web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bob Mah Sing Diburu Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2021 8:09AM

Polis sedang memburu lelaki ini dikenali sebagai `Bob Mah Sing'. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis memburu seorang lelaki dikenali sebagai Bob Mah Sing, apabila dia dan rakannya merempuh beberapa kenderaan dan kereta peronda polis dalam cubaan melarikan diri, kerana disyaki membawa dadah jenis heroin dalam kenderaan dinaiki mereka, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, lelaki berusia lingkungan 40-an berasal dari Subang itu melarikan diri, manakala rakannya berusia 35 tahun berjaya ditahan polis di kawasan perumahan Desa Aman, di sini.

Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat daripada anggota peronda Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak kira-kira 12.45 tengah hari, yang mengejar kereta dinaiki kedua-dua lelaki terbabit dari kampung Desa Aman menghala bulatan Sierramas, Sungai Buloh.

“Apabila tiba di lampu isyarat berhampiran bulatan Sierramas, kedua-dua suspek enggan keluar dari kereta dan bertindak merempuh beberapa kenderaan untuk melarikan diri, sebelum merempuh kereta peronda polis.

“Anggota terpaksa melepaskan tembakan ke arah kedua-dua tayar hadapan kereta suspek namun suspek melarikan diri ke arah jalan Kuala Selangor menghala Sungai Buloh, dan meninggalkan kenderaan di tepi jalan kerana tayar bocor,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Nik Ezanee berkata tindakan pantas forensik dan unit anjing pengesan, kemudiannya mengesan dadah jenis heroin anggaran berat 1.7 gram dalam kenderaan ditinggalkan lelaki terbabit.

Menurutnya, semakan mendapati lelaki yang ditahan mempunyai lapan rekod jenayah membabitkan kes dadah, dan permohonan reman akan dibuat esok untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307, 427, 188 Kanun Keseksaan, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1958.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Bob Mah Sing, boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Chew Yong Hoa di talian 014-3929448 atau balai polis berhampiran.

Hari ini tular di media sosial aksi polis melepaskan tembakan ke arah tayar dan meminta suspek menyerah diri, apabila disuruh memberhentikan kenderaan untuk diperiksa. - Bernama

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Siasatan Gangguan Seksual Terhadap Wartawan Wanita Di Peringkat Akhir

Sukan 15 jam yang lalu

Kim Swee Yakin Sabah FC Mampu Mara Ke Separuh Akhir Piala FA

Semasa 1 hari yang lalu

Al Azhar Main Peranan Siginifikan Dalam Dunia Islam - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong Terima Menghadap Sheikh Al-Azhar