web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Vaksin Sinovac Tiba Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2021 8:29AM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penugasan mengawal selia keselamatan vaksin COVID-19 Sinovac yang dijadual tiba di negara ini, diletakkan di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang berikutan tempat penyimpanannya berada di bawah pentadbiran ibu pejabat polis itu. 

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Razali Abu Samah berkata vaksin Sinovac dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada kira-kira 9 pagi esok dan kawalan keselamatan akan dilaksanakan pasukan polis kontinjen Selangor.

"Sebaik konvoi kenderaan membawa vaksin memasuki Serdang, kami akan mengambil alih sehinggalah vaksin itu sampai di tempat penyimpanan," katanya selepas menghadiri Program '1st Day At School' Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang di sini.

Razali berkata sejumlah pegawai dan anggota polis akan ditempatkan di dalam dan luar tempat penyimpanan vaksin Sinovac dan penugasan itu berterusan sehingga selesai diedarkan kepada penerima.

"Pegawai dan anggota polis akan bertugas selama 24 jam secara bergilir-gilir mengikut shif yang ditentukan bagi memastikan kawasan penyimpanan vaksin selamat," katanya.

Ahad lepas, Malaysia menerima vaksin COVID-19 yang pertama dari jenis Pfizer-BioNTech sebanyak 312,390 dos.

Fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula Februari hingga April melibatkan petugas barisan hadapan, diikuti fasa kedua bermula April hingga Ogos bagi kumpulan berisiko tinggi, iaitu warga emas berusia 60 tahun ke atas dan kumpulan rentan dengan masalah morbiditi serta golongan orang kurang upaya (OKU).

Fasa ketiga pula melibatkan golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas, bermula dari Mei hingga Februari tahun depan.

Pada 13 Jan lepas, Pharmaniaga mengumumkan menandatangani perjanjian dengan Sinovac untuk membotol dan mengedarkan 14 juta dos vaksin COVID-19.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin menerusi hantaran di Twitter pada 19 Feb lepas berkata Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sedang dalam proses menilai data klinikal Sinovac.

Vaksin Sinovac telah melepasi ujian klinikal tahap ketiga di beberapa negara termasuk Brazil, Turki dan Indonesia. - Bernama

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Rampasan Diesel Catat Penurunan - Armizan

oleh Diyana Nawwar

Sukan 15 jam yang lalu

Kim Swee Yakin Sabah FC Mampu Mara Ke Separuh Akhir Piala FA

Politik 2 jam yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Semasa 1 hari yang lalu

Agong Terima Menghadap Sheikh Al-Azhar