web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangkitan COVID-19 Sarawak Terus Menurun

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2021 9:53PM

Kini hanya terdapat 45 kluster yang masih aktif di Sarawak. - Gambar fail Bernama

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Sarawak terus mencatat penurunan kes harian COVID-19 dengan 694 jangkitan baharu dilaporkan hari ini, berbanding 730 kes semalam.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, daripada 694 kes baharu yang dilaporkan itu, 656 atau 94.52 peratus adalah kategori satu dan dua manakala 38 lagi (5.48 peratus) kategori tiga, empat dan lima.

"190 kes (27.38 peratus) adalah kategori satu (tiada gejala), 466 (67.15 peratus) kategori dua (gejala ringan), 14 (2.02 peratus) kategori tiga (jangkitan paru-paru), 11 (1.59 peratus) pula kategori empat (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen) manakala 13 (1.87 peratus) terdiri daripada kategori lima (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator)," katanya hari ini.

Menurut jurucakap itu, sebanyak 13 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan di Sarawak dari 13 Oktober hingga 16 Oktober 2021.

"Tiada kluster baharu COVID-19 diisytiharkan manakala lapan kluster iaitu Kluster Plaman Bantang, Serian, Kluster Belinggai Ulu Niah, Subis, Kluster SEPOM, Serian, Kluster Pulau Brunei, Limbang, Kluster Sungai Separai 2, Tatau.

Kluster Jalan Bintulu-Miri 3, Bintulu, Ulu Lubai, Limbang dan Jalan P.Ramlee, Kuching diisytiharkan tamat," ujarnya.

Dengan perkembangan terkini itu, jelasnya, terdapat 45 kluster yang masih aktif di Sarawak.

"Pihak berkuasa turut melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua lokaliti iaitu Rh. Suyong, Stumbin F, Tanjung Bijat (Sri Aman) dan Rh. Lanja, Sg. Merudi Sarikei," katanya.

Serentak dengan itu, PKPD juga ditamatkan di lima lokaliti iaitu Rh. Lidi, Ulu Babu, Debak, Rh. Ungah, Remambong, Rh. Mambu, Gerugu (Betong), Rh. Tommy, Ulu Empit (Pakan) dan Rh. Eyai, Kampung Staie, Lubai, Limbang.- Getaran, 18 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia