web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Anggota Bomba Dibawa Arus Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2021 7:27AM

Mohd Diya yang lemas selepas rebah ke dalam air banjir di Kampung Sungai Putat, Ayer Keroh, telah meninggal dunia awal pagi ini. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA TENGAH - Anggota bomba yang dibawa arus ketika misi menyelamat mangsa banjir semalam, menghembuskan nafas terakhir, awal pagi tadi.

Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Diya Che Jusoh, 46, dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah terdahulu dirawat di Zon Merah, Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka.

Allahyarham ditemui tidak sedarkan diri selepas dikatakan tergelincir ditolak arus ketika menjalankan operasi menyelamat mangsa banjir di Kampung Sungai Putat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Penolong Pesuruhjaya  Bomba Abu Bakar Katain berkata, Mohd Diya disahkan meninggal dunia pada jam 3.11 pagi tadi oleh pegawai perubatan.

"Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid An-Nur Krubong, kira-kira 10 pagi nanti," katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, Allahyarham diarah ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan 14 mangsa banjir yang terperangkap di anjung sebuah rumah dalam keadaan arus deras.

"Anggota penyelamat menggunakan jaket keselamatan untuk menyelamatkan kesemua mangsa secara water crossing, namun Mohd Diya tergelincir ditolak arus deras.

"Mangsa kemudian diselamatkan oleh anggota lain serta diberikan bantuan pernafasan awal di lokasi kejadian sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya.

Kejadian tersebut turut menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menyeru Keluarga Malaysia bersama-sama mendoakan agar Mohd Diya kembali pulih.

"Ayuh kita semua warga Keluarga Malaysia bersama-sama menadah doa ke hadrat Allah agar keadaan mangsa bertambah baik dan sihat seperti sedia kala.

"Saya difahamkan bahawa hujan lebat di seluruh Malaysia dan ada beberapa tempat sudah dinaiki air. Saya menyeru kepada semua agar sentiasa menjaga keselamatan diri dan keluarga. Semoga Allah melindungi seluruh Keluarga Malaysia," katanya dalam hantaran di Facebook malam tadi. - Getaran, 21 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia