web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


SOP Lebih Ketat, Hadkan Bilangan Pengusaha Pasir

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2021 8:56PM

Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat termasuk menghadkan bilangan pengusaha pasir  di Sungai Terengganu ialah antara agenda dicadangkan jawatankuasa khas siasatan susulan krisis air pada Ogos lepas.

Pengarah Unit Perancang Ekonomi negeri, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, cadangan itu merupakan antara penyelesaian jangka pendek dan panjang, selepas insiden paip air pecah di dasar Sungai Terengganu yang menyebabkan dua daerah negeri itu terputus bekalan air.

“Memang kita dah ada garis panduan tapi bila berlaku kes macam ini (paip pecah) kita rasa kena lebih ketat dalam beberapa aspek.

“Kajian kita sebenarnya meliputi tahap kualiti air Sungai Terengganu sendiri, sebab itu kita cadang perkara tersebut kerana kita belajar dari apa yang berlaku sebelum ini," katanya kepada media di sini hari ini.

Tun Ahmad Faisal berkata, SOP ketat itu bukan sahaja melibatkan pengusaha pasir, tapi sebarang bentuk pembinaan di kawasan Sungai Terengganu.

Beliau yang juga merupakan pengerusi jawatankuasa khas itu berkata, hasil laporan siasatan sudah dibentangkan dalam mesyuarat majlis kerajaan negeri, bulan lalu.

Bagaimanapun, beliau menolak laporan hasil siasatan tersebut berpunca dari aktiviti korek pasir milik syarikat yang diluluskan kerajaan negeri.

“Sukar untuk kita tentukan ketika ini. Sebab itu kita syorkan pada kerajaan negeri untuk jalankan kajian lebih teliti, jadi kita boleh lihat keadaan sekarang di sepanjang Sungai Terengganu.

“Adakah ia disebabkan aktiviti korek pasir berlebihan atau ada pembinaan di sepanjang sungai yang menghalang pergerakan semula jadi air yang mungkin menjadi punca, lagipun syarikat pasir itu hanya beroperasi setahun sedangkan kerosakan yang kita tengok ini adalah dari kesan jangka masa panjang,” katanya.

Krisis air terburuk Terengganu itu berlaku sebanyak dua kali dan membabitkan lebih 150,000 penduduk di sebahagian daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, berlaku dari 2 hingga 13 Ogos dan 23 Ogos hingga 10 September. - Getaran, 25 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia