web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bekas Timbalan Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 Oct 2021 9:56PM

Guan Dee Koh Hoi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Bekas Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Senator Datuk Guan Dee Koh Hoi meninggal dunia pada usia 67 tahun, hari ini.

Mendiang yang merupakan Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur, pada jam 4.45 petang tadi.

Guan Dee yang berada di Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat Perikatan Nasional (PN) Ahad lalu dilaporkan dimasukkan ke hospital selepas mengadu sakit dada.

Mendiang juga tidak dapat menghadiri mesyuarat berkenaan selepas disahkan positif COVID-19.

Pemergian beliau disifatkan sebagai satu kehilangan besar oleh presiden parti, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, yang jelas amat bersedih dengan berita pemergian mendiang 

Menurut Jeffrey, mendiang Guan Dee ialah seorang rakan yang amat setia.

Katanya, kali akhir beliau berbual bersama mendiang ialah pada jam 10 pagi tadi.

"Dia memberitahu saya bahawa dia berada dalam keadaan yang baik dan tiada apa yang perlu dibimbangkan.

"Dia juga menyakinkan saya bahawa dia akan keluar dari hospital dalam masa tiga, empat hari. Pemergian beliau amat mengejutkan dan benar-benar menyedihkan saya," katanya, sebak.

Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, Guan Dee adalah seorang pejuang dan ahli parti yang sangat berharga.

Mendiang katanya, sentiasa bersama beliau dalam perjuangan dan tidak pernah berpaling dalam keadaan susah atau senang.

"Mendiang sentiasa bersama saya, malah ketika saya tiada apa-apa, mendiang tetap bersama dan tidak pernah meninggalkan saya.

"Mendiang adalah rakan saya yang paling setia dan sudah tentu sukar untuk mencari penggantinya," tambah beliau.

Sementara itu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor turut menzahirkan rasa sedih atas kehilangan Guan Dee dan menyifatkan mendiang sebagai pemimpin yang telah banyak berjasa kepada rakyat dan negeri Sabah.

Pemergian mendiang, katanya, merupakan satu kehilangan besar buat dunia politik khususnya negeri Sabah.

"Segala jasa dan pengorbanannya  menyumbang kepada pembangunan rakyat dan negeri Sabah akan sentiasa dikenang dan terpahat dalam ingatan kita," katanya.

Guan Dee dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya pada 16 April, tahun ini di bawah Kabinet bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mendiang yang berasal dari Kuala Penyu menyandang jawatan Setiausaha Agung STAR sejak 2016. - Getaran, 26 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia