web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Banjir: Lebih 700 Pemborong, Peruncit Simpan Tambahan Bekalan Makanan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2021 3:31PM

Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA BERANG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melantik 731 peruncit, pemborong dan pengilang di seluruh negara untuk menyimpan bekalan makanan dan keperluan asas sebagai persediaan menghadapi musim Monsun Timur Laut.

Timbalan Menterinya Datuk Rosol Wahid berkata jumlah itu melibatkan 428 peruncit, 299 pemborong dan empat pengilang yang akan menyimpan tambahan 30 peratus kuota bekalan makanan dan keperluan asas mereka.

“Kita memang selalu peka dengan keadaan musim monsun (Monsun Timur Laut) yang menyebabkan bencana banjir terutama di Pantai Timur pada hujung tahun.

“Jadi dengan tambahan kuota bekalan makanan dan keperluan asas yang diberikan kepada peruncit, pemborong dan pengilang terpilih ini kita jamin bekalan akan mencukupi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) di Pasar Besar Kuala Berang, di sini hari ini.

Menurut beliau daripada jumlah itu sebanyak 352 pemborong dan peruncit adalah di Terengganu, Kelantan dan Pahang memandangkan negeri-negeri Pantai Timur kebiasaannya yang paling terjejas dilanda banjir.

Rosol berkata selain KPDNHEP, pihak berwajib di setiap kawasan termasuk majlis daerah akan turut memainkan peranan memastikan semua mangsa banjir tidak terputus bekalan makanan dan keperluan asas. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka