web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


JKN Perak Tunggu Laporan Bedah Siasat Remaja Maut Lepas Vaksin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2021 8:34AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Jabatan Kesihatan Negeri Perak masih menunggu laporan bedah siasat lengkap bagi mengetahui punca sebenar kematian seorang remaja lelaki sehari selepas menerima dos kedua vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunung Rapat di sini pada 23 Oktober lepas.

Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata kesemua sampel tisu dalam badan remaja berusia 15 tahun itu telah dihantar bagi pemeriksaan lanjut Pakar Perubatan Forensik Patologi Hospital Raja Permaisuri Bainun.

"Laporan bedah siasat ini dikategorikan masih belum lengkap kerana terdapat keputusan ujikaji yang belum diterima," katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata bedah siasat yang dijalankan pada kira-kira pukul 3.40 petang hari kejadian (24 Oktober lepas) mendapati terdapat penyempitan saluran paru-paru (Spontaneous Bronchospasm).

"Beliau juga tidak memaklumkan sebarang masalah atau komplikasi selepas menerima suntikan dos pertama. Pada 24 Oktober kira-kira pukul 9.30 pagi sehari selepas suntikan vaksin, beliau ditemui dalam keadaan sesak nafas sebelum tidak menyedarkan diri di rumah," katanya.

Katanya remaja itu kemudian dibawa ke sebuah hospital swasta di sini untuk rawatan kecemasan namun disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.40 pagi. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka