web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Suntikan Dos Penggalak Boleh Ditawarkan Melalui MOVAK 2.0

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2021 8:18PM

Dr Ismail Abdul Muttalib bertanyakan sesuatu kepada penduduk di Kampung Orang Asli Sungai Jempol, Maran, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MARAN - Proses suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 kepada golongan sasar boleh dipercepatkan jika program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) diteruskan selepas fasa pertama berakhir 3 Oktober lalu.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr Ismail Abdul Muttalib berkata, buat masa ini pihaknya dengan kerjasama Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perpaduan Negara sedang meneliti cadangan bagi memperkenalkan program MOVAK 2.0.

Ogos lalu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara memperkenalkan MOVAK 1.0 bagi mempercepatkan proses suntikan vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), kepada penduduk luar bandar dan komuniti Orang Asli. 

"Perkara ini kita sedang teliti dan bergantung kepada keperluan untuk meneruskan atau memperkenalkan program MOVAK 2.0 yang bukan sahaja memberi tumpuan kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun, tetapi juga untuk (suntikan) dos penggalak.

"Macam untuk dos penggalak ini, kita sedang cari jalan bagaimana cara untuk melaksanakannya, walaupun digalakkan, tetapi belum lagi menjadi arahan atau diwajibkan," katanya ketika ditemui media selepas Majlis Ramah Mesra Komuniti Orang Asli Kampung Sungai Jempol, di sini hari ini.

Menurut beliau, peratusan penduduk dewasa yang sudah menerima dos lengkap vaksin di Malaysia telah melebihi 95 peratus, dan pelaksanaan program seperti MOVAK boleh mempercepatkan usaha mencapai sasaran dikehendaki.

"Kalau boleh diteruskan (program seperti MOVAK) kita boleh cepatkan dan capai 100 peratus, apa salahnya kita teruskan," katanya.

Program MOVAK 1.0 dilaksanakan di tujuh negeri iaitu Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor bermula 23 Ogos lalu. 

Secara keseluruhan, sebanyak 84,868 dos suntikan vaksin diperuntukkan bagi program inisiatif KPKT dan Kementerian Perpaduan Negara itu. 

Dr Ismail turut memaklumkan, keperluan untuk meneruskan program MOVAK juga perlu diambil kira memandangkan banyak pusat pemberian vaksin (PPV) sudah ditutup. 

Katanya, penutupan PPV itu menyukarkan penduduk luar bandar yang berada jauh dari fasiliti kesihatan untuk menerima suntikan vaksin dan suntikan dos penggalak seperti disarankan kerajaan. - Getaran, 31 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka